
HOSPITAL KLUSTER

a) Komited dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dan berkualiti dengan kos yang berpatutan melalui perkhidmatan yang disepadukan berdasarkan keperluan dan kehendak komuniti setempat bagi meningkatkan kemudahan mendapatkan rawatan yang lebih saksama.
b) Komited kepada falsafah perkongsian organisasi melalui pembentukkan budaya korporat dan penjenamaan organisasi melalui pelaksanaan perkongsian nilai-nilai yang membentuk kejayaan ke arah visi yang seragam.
c) Komited dalam melaksanakan penggunaan tenaga kerja kesihatan yang lebih adil dan saksama di dalam kluster serta pembentukkan tenaga kerja yang terlatih, cekap, berintegriti dan komited dalam melaksanakan visi organisasi.
d) Pengurusan dan pentadbiran Hospital Kluster akan turut difokuskan kepada keperluan komuniti setempat serta pencapaian matlamat bersama. Dalam waktu yang sama hospital-hospital akan melaksanakan perkhidmatan berdasarkan keperluan pesakit secara individu. Kedua-duanya digabungkan bagi meningkatkan kualiti, kesamarataan dan keterangkuman rakyat untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan rawatan kesihatan.
2. Meningkatkan kemahiran dan kompetensi pengamal perubatan.
3. Menguatkan kepimpinan serta pengurusan sumber secara optimum dalam kluster.
4. Menambahbaikkan kepuasan pelanggan.
2. Pediatrik (kesinambungan perkhidmatan kesihatan (step down care) dari lead hospital ke non lead hospital)
3. Meningkatkan appropriate management referral pesakit bagi kes kecemasan di NLH
4. Mengurangkan rujukan kes Obstetrik & Ginekologi dari NLH 5. Meningkatkan bilangan kes pembedahan di LH
1. Kepuasan pelanggan
- Kesamarataan perkhidmatan kesihatan berpakar di semua hospital dalam kluster.
- Tempoh menunggu untuk pembedahan lebih singkat.
- Keselesaan dan kepercayaan pesakit menerima rawatan kesihatan.
2. Kualiti perkhidmatan kesihatan
- Mengurangkan kesesakan di wad perubatan am dan pediatrik di lead hospital.
- Wad di non lead hospital diiktiraf sebagai wad tambahan (extension ward) lead hospital.
- Pengamal perubatan yang mahir dan kompeten.
- Meluaskan skop perkhidmatan kesihatan di hospital tanpa pakar dan seterusnya mengurangkan keperluan kes rujukan ke lead hospital.
- Mengoptimumkan masa dan kos rawatan.
3. Pengurusan sumber dan aset sedia ada.
- Mengoptimumkan penggunaan bilik pembedahan di lead hospital.
- Meningkatkan penggunaan katil wad di non lead hospital.
- Pengagihan semula sumber manusia.
- Penjimatan kos terutama dari segi pengangkutan.
4. Organisasi
- Mengurangkan birokrasi
- Meningkatkan piawaian proses kerja.
- Integrasi sistem pengurusan pesakit dalam kluster.
5. Kemahiran dan kompetensi
- Rawatan berpakar untuk hospital bukan pakar.
- Meningkatkan lawatan pakar dalam kluster.
- Latihan berterusan kepada pengamal perubatan.