Jabatan Radiologi
Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan Radiografi Am termasuk X-ray Mudah-Alih dan Dewan Bedah, Pemeriksaan Pemeriksaan Intravenous Urografi (IVU), CT Scan, Mamografi dan Ultrasound. Pelanggan yang yang menerima perkhidmatan ini terdiri dari pesakit luar, pesakit dalam dan juga rujukan dari fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
Pemeriksaan X-ray selain di atas akan dirujuk ke Hospital Lain kerana tiada modaliti yang berkaitan seperti Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Menyediakan perkhidmatan radiologi yang bernilai diagnostik secara profesional kepada pelanggan.
Mempastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan radiologi yang efektif melalui penggunaan teknologi sedia ada secara optima dan bersesuaian dengan dengan kadar radiasi yang selamat.
Menyediakan perkhidmatan radiologi yang bernilai diagnostik bagi tujuan membantu pegawai perubatan dan pakar dalam mendiagnosa penyakit dengan tepat dan cepat
- Menghasilkan radiograf yang bernilai diagnostik dan melakukan prosedur terapeutik serta memberi laporan yang tepat dan cepat ke atas pemeriksaan radiologi
- Meminimumkan dos radiasi yang diterima oleh pesakit dengan mengamalkan prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable).
- Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional
- Semua Pemeriksaan Radiologi hanya akan dilakukan dengan permintaan Pakar/Pegawai Perubatan, dimana kes-kes kecemasan akan diberi keutamaan
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur pemeriksaan
- Tempoh masa bermula dari pendaftaran pesakit sehingga filem siap dicetak bagi setiap permohonan adalah seperti berikut:
Pemeriksaan Radiologi | Masa diambil |
Radiografi Am | 60 minit |
Mammogram | 60 minit |
Ultrasound | 60 minit |
CT Scan | 60 minit |
IVU | 120 minit |
- Waktu Perkhidmatan
Secara umumnya, perkhidmatan radiologi dilakukan pada hari bekerja dan waktu pejabat kecuali kes-kes kecemasan:
Petugas | Waktu Operasi | |
Pakar Radiologi; Pegawai Perubatan Radiologi; Juru X-ray; Jururawat; Pembantu Perawatan kesihatan | Waktu Pejabat | 8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad – Rabu) |
8.00 pagi – 3.30 petang (Khamis) | ||
Waktu Rehat | 1.00 tengahari – 2.00 petang | |
Jumaat dan sabtu | Cuti |
Pemeriksaan bagi semua modaliti akan diteruskan semasa waktu rehat dan selepas waktu bekerja, jika masih ada pesakit yang sedang atau belum menjalani pemeriksaan.
- Perkhidmatan selepas Waktu Kerja, Hari Rehat Mingguan Dan Hari Kelepasan Am.
- Radiografi Am dan Radiografi di wad (Mobile) bagi pesakit-pesakit dari Jabatan Kecemasan dan Wad-wad.
Petugas | Waktu Operasi (Tugas secara Syif) |
Juru X-ray | 7.30 pagi - 3.30 petang 3.30 petang - 10.30 malam 10.30 malam - 7.30 pagi |
Pembantu Perawatan Kesihatan |
- Pengimejan di Dewan Bedah:
Petugas | Waktu Operasi |
Juru X-ray | Tugas Atas Panggilan |
- CT Scan:
Petugas | Waktu Operasi |
Pakar Radiologi | Tugas Atas Panggilan |
Pegawai Perubatan | |
Juru X-ray |
- Ultrasound
Petugas | Waktu Operasi |
Pakar Radiologi | 8.00 pagi - 5.00 petang Tugas Atas Panggilan |
8.1 Pemeriksaan Radiografi Am (X-Ray)
Pemeriksaan Radiografi Am yang dilakukan di JabatanRadiologi adalah seperti berikut: Dada, abdomen, anggota atas dan bawah, rangka kepala, spina vertebra, pelvis dan lain-lain.
Pemeriksaan Radiografi Am termasuk:
- Radiografi Mudah Gerak
Radiografi Mudah Gerak dilakukan di wad atau Jabatan Kecemasan terhadap pesakit yang tidak dapat dihantar ke Jabatan Radiologi disebabkan penyakit kronik atau kerana bantuan alatan
sokongan hayat dipasang padanya.
- Radiografi Bedah Siasat
Radiografi Bedah Siasat di lakukan di Jabatan Forensik dengan menggunakan Mesin Mudah Gerak apabila diperlukan. Permohonan pemeriksaan hanya boleh dilakukan oleh Patologis, Pakar radiologi,
Pakar Forensik dan Pegawai Perubatan.
8.2 Prosedur Khas di Dewan Bedah
Prosedur khas di Dewan Bedah yang memerlukan perkhidmatan mesin Pengamat pengimejan (C-Arm) untuk membantu pembedahan yang dijalankan atau mengenalpasti kedudukan bendasing
(Foreign Body) yang tidak dapat dilakukan di wad dan Jabatan Kecemasan
8.3 Mamogram
Pemeriksaan mamogram merupakan satu pemeriksaan X-Ray khas yang digunakan untuk menyaring dan mendiagnosa kanser payudara dan menyokong pemeriksaan fizikal. Ia bertujuan untuk
mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal.
8.3.1 Persediaan Pesakit Untuk Mamografi
- Tidak dibenarkan memakai bedak(powder) atau deodoran pada hari pemeriksaan.
- Memakai pakaian yang sesuai seperti blaus dan seluar panjang atau sarung.
8.4 Pemeriksaan X-ray khas berkontras Intravenous Urografi / IVU
Pemeriksaan IVU merupakan satu pemeriksaan X-Ray khas yang melibatkan suntikan media kontras melalui salur darah intravena. Ia bertujuan untuk melihat fungsi buah pinggang termasuk saluran kencing dan pundi kencing
8.4.1 Persediaan pemeriksaan IVU
Persediaan bermula 2 hari dari tarikh pemeriksaan.
- Dua hari sebelum tarikh pemeriksaan:
- Elakkan makanan yang tidak mudah hadam seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan kekacang.
- Elakkan merokok dan minuman bergas.
- Banyakkan minum air ( 8 hingga 10 gelas sehari ).
- Makan makanan mudah hadam seperti Mee Maggi atau bubur nasi.
- Satu hari sebelum tarikh pemeriksaan
- Ulang langkah 1 – 4 di atas.
- Ambil ubat Fleet seperti yang diarahkan
ARAHAN PENGGUNAAN FLEET |
- Mula berpuasa dari jam 10 malam. (Bagi pesakit yang berisiko tinggi:)
Ambil Tablet Prednisolone 40 mg pada 8 malam sehari sebelum tarikh pemeriksaan.
T.Prednisolone 40 mg pada 6 pagi pada hari tarikh pemeriksaan
8.5 Pemeriksaan CT Scan
Pemeriksaan CT Scan merupakan satu pemeriksaan X-Ray khas yang melibatkan penggunaan mesin X-Ray berkomputer untuk melihat organ dalaman badan. Suntikan media kontras melalui salur darah intravena mungkin diberikan apabila perlu.
8.5.1 Persediaan Pemeriksaan CT Scan
8.5.1.1. Puasa 4 hingga 6 jam sebelum pemeriksaan
8.5.1.2. Bagi pesakit yang berisiko tinggi
- Dewasa:
Tab Prednisolone 40mg -12 jam dan 2 jam sebelum pemeriksaan
- Kanak-kanak
Tab Prednisolone 1 mg/kg-12 jam dan 2 jam sebelum pemeriksaan.
8.5.1.3. Bagi pemeriksaan abdomen atau pelvis, kontras secara oral akan diberikan dua jam sebelum pemeriksaan.
8.5.1.4. Bagi pemeriksaan CT SCAN pelvis,
- a) Tampon akan dimasukkan bagi pesakit wanita yang sudah berkahwin.
- b) Kontras melalui rektum akan diberikan sebelum pemeriksaan dijalankan.
8.5.1.5. Segala perhiasan dan barang kemas perlu ditanggalkan sebelum pemeriksaan
8.6 Pemeriksaan Ultrasound
Pemeriksaan Ultrasound merupakan satu pemeriksaan yang menggunakan teknik gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk melihat organ dalaman badan. Ia tidak melibatkan radiasi X-Ray. Pemeriksaan ultrasound yang dijalankan termasuk sistem urinari, buah pinggang, hati, kelenjar tiroid, payudara, pemeriksaan saluran darah dan sebagainya.
8.6.1 Persediaan Pesakit Untuk Ultrasound
8.6.1.1 Pemeriksaan Ultrasound Abdomen termasuk hati dan hempedu
Umur | Berpuasa | |
1. | < 6 tahun | 2-3 jam |
2. | 6-12 tahun | 4-6 jam |
3. | >12 tahun | > 6 jam |
8.6.1.2 Pemeriksaan KUB (Kidneys, Ureter and Bladder) dan Pelvis
- Boleh minum air tanpa had sehingga pundi kencing penuh
- Jangan buang air kecil 1 jam sebelum pemeriksaan
9.1 Pemeriksaan radiologi untuk pesakit mengandung hanya dijalankan jikalau pemeriksaan radiologi tidak boleh ditangguhkan selepas pesakit bersalin.
9.2 Pakar/Pegawai Perubatan/Pergigian yang memohon pemeriksaan adalah bertanggungjawab di atas permohonan pemeriksaan ini. Jabatan Perkhidmatan Radiologi perlu dimaklumkan
tentang perkara ini dan dicatatkan pada borang permohonan.
9.3 Mendapat keizinan bertulis dari pesakit/waris (Borang Keizinan Pemeriksaan Radiologi Ke Atas Wanita Mengandung).
9.4 Pemeriksaan x-ray bahagian abdomen ke atas pesakit yang mengandung tidak dibenarkan. Jika terpaksa dan tiada alternatif lain, memerlukan persetujuan bertulis dari pesakit/waris
setelah diberi nasihat dan penerangan oleh Pakar dari jabatan yang memohon, Pakar O&G dan Pakar Radiologi.
9.5 Perlindungan sinaran yang sewajarnya akan diberikan kepada pesakit mengikut peraturan yang ditetapkan.
10.1 Pekerja
10.1.1 Dedahan Radiasi kepada pekerja sinaran hendaklah tidak melebihi dos limit efektif seluruh badan seorang pekerja
10.1.2. Pekerja Sinaran dikehendaki memakai peralatan perlindungan sinaran bersesuaian semasa menjalankan pemeriksaan x-ray
10.1.3. Dos Radiasi yang diterima oleh pekerja sinaran hendaklah dipantau secara berkala
10.1.4 Penyiasatan perlu dijalankan sekiranya pekerja sinaran menerima dedahan melebihi dos limit dan tindakan yang bersesuaian perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut
10.1.5 Pekerja Sinaran perlu menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut akta 304
10.2 Pesakit
10.2.1 Semua pemeriksaan Radiologi (radiasi mengion) mesti dilakukan oleh individu yang dilatih dan berkelayakan sahaja
10.2.2. Semua permohonan pemeriksaan x-ry pendedahan perubatan adalah wajar. Pakar Radiologi akan menghadkan, membatal atau menangguhkan pemeriksaan x-ray jika
difikirkan maklumat yang diberikan tidak releven
10.2.3. Langkah-langkah perlindungan yang sesuai hendaklah diambil semasa menjalankan pemeriksaan Radiologi.
10.2.4. Faktor dedahan optima hendaklah diambil untuk mengurangkan pemeriksaan ulangan
10.2.5. Memegang pesakit atau IP plate semasa pendedahan hendaklah dilakukan oleh personel yang mengiringi pesakit (wanita yang mengandung dan wanita muda yng disyaki
mengandung tidak dibenarkan). Sekiranya tiada pengiring, pekerja sinaran bukan pengendali dibenarkan tapi bukan kerap bagi individu yang sama
10.3 Orang Awam
10.3.1 Keluarga pesakit dan orang awam tidak boleh terdedah kepada radiasi mengion kecuali diperlukan untuk membantu semasa x-ray dilakukan
10.3.2 Pengiring yang terdiri daripada keluarga pesakit atau orang awam untuk memegang pesakit semasa pemeriksaan dijalankan perlu dibekalkan apron plumbum (0.25mm
plumbum (Pb)) atau setaraf dengannya.