JABATAN BEKALAN BAHAN STERIL

PENGENALAN

Jabatan Bekalan Bahan Steril atau Central Sterile Service Unit (CSSU) merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk membekalkan peralatan /” instrument ”/ set-set steril kepada unit-unit pengguna. Skop perkhidmatannya termasuk Unit Pesakit Dalam, Dewan Bedah, Dewan Bersalin, A & E, Klinik Pakar, Klinik O & G, UPL, HDU, Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Kemaman.

  Hospital Kemaman telah pun menjadi Hospital Berpakar Major.  Justeru itu, dengan peningkatan kes-kes pembedahan, pelbagai prosedur medikal dan surgikal dijalankan, menjadikan unit ini nadi utama dan penting dalam memberikan perkhidmatan pensterilan yang efisyen, ekonomi, berkualiti dan mesra pelanggan ke arah keselamatan pesakit. Ini melibatkan proses permusnahan dan pembasmian semua organisma mikro dan spora, bertanggung jawab dalam usaha mencegah serta mengawal jangkitan di hospital bagi membantu meningkatkan kualiti perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit.

  Jabatan Perkhidmatan Bahan Steril terletak di bangunan 2 tingkat, di aras 1 bersebelahan dengan Dewan Bedah dan di bawahnya (ground floor) adalah Dewan Bersalin. Ia mula beroperasi pada 1 Jun 2004.