Jabatan Orthopedik

PENGENALAN
Perkhidmatan Pakar Ortopedik yang tetap di Hospital Kemaman bermula dari tahun 2003. Sebelum itu, Hospital Kemaman cuma dikunjungi oleh pakar-pakar ortopedik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Skop perkhidmatan meliputi pesakit dari daerah Kemaman dan Dungun. Sejajar dengan perkembangan bidang perubatan, skop perkhidmatan jabatan ini turut berkembang juga. Jabatan ini telah diterajui oleh Ketua Jabatan Dr Ahmad Mahyuddin Dato' Mohamed.