Jabatan Farmasi
Jabatan Farmasi merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal yang diterajui oleh Ketua Pegawai Farmasi UF14, dengan jumlah anggota seramai 64 termasuk Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi, serta anggota sokongan iaitu Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir, Pembantu Awam dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Skop Perkhidmatan
Jabatan Farmasi menyediakan bekalan ubat dan bukan ubat serta perkhidmatan berkaitan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit luar dan pesakit dalam (dari unit/ wad).
Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatan melalui 5 unit asas iaitu;
- Farmasi Ambulatori
- Farmasi Pesakit Dalam & Pengeluaran
- Farmasi Farmakoterapi
- Farmasi Logistik
- Pusat Sumber Maklumat Farmasi (PRIC)
Memberi perkhidmatan yang terbaik dan semua pelanggan berpengetahuan terhadap penggunaan ubat-ubatan.
Menyediakan perkhidmatan berkualiti serta memastikan semua pelanggan memperolehi ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional.
1. Menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit klinik-klinik pakar, Jabatan Kecemasan dan Klinik Pergigian.
2. Menawarkan perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value Added Services – VAS) melalui aplikasi MyUbat untuk memudahkan pengambilan ubat bagi bekalan susulan oleh pesakit. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah;
* Pandu Lalu
* Lokar Ubat (LOCKER4U)
* Ubat Melalui Pos (UMP)
Kaedah pembekalan ubat susulan yang lain adalah seperti berikut :
* Sistem Kad Temujanji* Sistem Telefon dan Ambil
* Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
3. Memberi khidmat kaunseling ubat-ubatan secara individu atau berkumpulan kepada pesakit yang memerlukan mengikut garis
panduan yang ditetapkan.
4. Menjalankan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) untuk membantu pesakit kronik dalam meningkatkan
kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan.
MTAC yang ditawarkan adalah;
- Diabetes (DMTAC)
- Warfarin (WMTAC)
- Respiratori (RMTAC)
- Retroviral Disease (RVD-MTAC)
- Nefrologi (CKD-MTAC)
5. Terapi Gantian Methadone yang dikendalikan dibawah seliaan Jabatan Psikiatri dimana ia merupakan satu kaedah harm reduction terhadap pengguna opiate. Sirap Methadone didispen kepada pesakit di klinik Methadone setiap hari secara DOT dan Dos Bawa Balik (DBB) berdasarkan penilaian Pegawai Perubatan.
Methadone menggantikan opiate seperti heroin dan morphine di mana pemberian dos yang sesuai akan dapat mengurangkan ketagihan dan mencegah tanda-tanda withdrawal.- Menyediakan perkhidmatan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad yang dibekalkan secara unit dose (UD) dan stok wad.
- Menjalankan perkhidmatan pendispensan ubat kepada pesakit discaj sama ada di kaunter ataupun secara bedside dispensing.
- Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dalam wad (bedside counseling & discharge counseling).
- Menyediakan bekalan dan pemantauan penggunaan ubat sitotoksik dalam rawatan kanser.
- Menyediakan perkhidmatan Parenteral Nutrition (PN) kepada pesakit yang tidak boleh mengambil makanan secara oral atau melalui enteral feeding.
- Menyediakan formulasi dan penyediaan sirup, krim, losyen, dan salap bagi sediaan yang tiada dalam pasaran mengikut Amalan Pengilangan Baik (GMP).
- Membuat proses pembungkusan semula ubat-ubatan seperti ubat biji, ubat titis hidung dan titis telinga dalam bentuk ready to dispense untuk kegunaan pesakit di kuanter discaj dan wad.
- Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optima kepada pesakit secara berterusan melalui aktiviti farmasi wad termasuk;
- Mengambil sejarah pengubatan pesakit dan rekonsilasi ubat pesakit.
- Penilaian terhadap pengubatan pesakit dan menjalankan intervenesi jika berkaitan.
- Memantau farmakoterapi pesakit secara berterusan sehingga discaj.
- Memberi saranan pengubahsuaian regimen melalui Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal.
- Penglibatan dalam rondaan wad bersama disiplin perubatan.
- Memberi maklumat berkaitan ubat-ubatan kepada pesakit dan anggota kesihatan.
- Memberi kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit yang memerlukan.
2. Menjalankan analisa Therapeutic Drug Monitoring (TDM) bagi ubat-ubatan yang memerlukan pemonitoran disebabkan julat terapeutik yang sempit serta kesan sampingan yang berpotensi toksik. Ubat-ubat yang boleh dianalisa dibawah perkhidmatan TDM adalah;
- Aminoglycoside (Gentamicin, Amikacin)
- Vancomycin
- Antiepileptik (Carbamazepine, Phenytoin, Phenobarbitone, Sodium Valproate)
- Digoxin
- Theophylline
- Cyclosporine
- Paracetamol
- Salicylate
- Lithium
- Methotrexate
- Menjalankan proses perolehan ubat, bukan ubat, vaksin dan gas perubatan mengikut Arahan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor dan pekeliling-pekeliling berkaitan.
- Membuat penerimaan, penyimpanan dan pembekalan ubat, bukan ubat, vaksin dan gas perubatan mengikut keperluan semasa.
- Memantau paras stok bagi memastikan bekalan stok mencukupi pada setiap masa.
- Menerima pertanyaan mengenai ubat-ubatan daripada anggota hospital atau orang awam, dan memberikan maklumat berkaitan berdasarkan sumber rujukan yang betul.
- Penyebaran maklumat ubat terkini kepada anggota hospital.
- Menyelaras laporan Kesan Advers Ubat (ADR) dan laporan Medication Error.
- Mengendalikan proses pemohonan Ubat Kelulusan Khas (UKK).
- Menyelaras latihan anggota farmasi.
