Jabatan Otorinolaringologi
- Jabatan Otorinolaringologi
- Jabatan Otorinolaringologi (Unit Audiologi)
- Jabatan Otorinolaringologi (Terapi Pertuturan & Bahasa)
Jabatan Otorinolaringologi Hospital Kemaman adalah salah satu jabatan yang beroperasi di bawah direktorat
perkhidmatan pembedahan. Operasi Klinik Pakar Otorinolaringologi terletak di Klinik Pakar 2. Bermula tahun 2017,
jabatan ini telah beroperasi dengan diketuai oleh 1 orang Pakar dan dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan, 2 orang
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) dan seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan).
Bilangan anggota terkini adalah terdiri daripada 2 orang Pakar dan dibantu oleh 4 Pegawai Perubatan, 2 orang
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) dan 2 orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan).
Kakitangan sokongan lain terdiri daripada 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U29, seorang Jururawat
U29(gunasama), seorang Jururawat masyarakat(gunasama) dan seorang Pembantu Perawatan
Kesihatan U3(gunasama) serta seorang Pembantu Tadbir(gunasama).
Unit Audiologi menawarkan perkhidmatan dalam aspek pengurusan pesakit bermasalah pendengaran. Perkhidmatan Audiologi bermula di Hospital Kemaman pada tahun 2005 dan diberikan oleh Audiologis dari HSNZ sebagai lawatan bulanan di Klinik Pakar.
Namun demikian, pada 23 Februari 2011 Unit Audiologi telah diwujudkan di klinik pakar Hospital Kemaman dengan seorang Audiologis/ Pegawai Pemulihan Perubatan ( Pendengaran) mula ditempatkan di Hospital Kemaman.
Perkhidmatan Audiologi ini disediakan bagi komuniti daerah Kemaman dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa adalah satu perkhidmatan yang diberikan kepada individu yang mengalami kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, menelan dan feeding melalui penilaian, diagnosa dan intervensi yang bersesuaian. Perkhidmatan ini bermula sebagai lawatan bulanan di Hospital Kemaman pada tahun 2008 oleh Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan dari HSNZ.
Perkhidmatan ini secara rasminya bermula dengan kedatangan Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan pada tahun 2012. Perkhidmatan ini diletakkan di bawah Jabatan Perubatan Rehabilitasi bersama- sama dengan pemulihan yang lain iaitu Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Carakerja. Perkhidmatan ini disediakan bagi komuniti daerah Kemaman dan kawasan sekitarnya merangkumi:
– Saringan pertuturan bahasa
– Penilaian dan diagnosa pertuturan bahasa
– Intervensi pertuturan bahasa
– Kaunseling pertuturan bahasa
– Pencegahan & pendidikan pertuturan bahasa
– Dokumentasi kes pertuturan bahasa
– Kolaborasi dan rujukan kepada profesional lain