Unit Pengurusan Kualiti Hospital
Peneraju dan rujukan utama dalam pembudayaan peningkatan kualiti yang berterusan di Hospital Kemaman
Meneraju dan mengawal selia semua aktiviti dan program bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan di Hospital Kemaman adalah berkualiti dan selamat melalui:
- Pembudayaan (culture)
- Kesedaran (awareness)
- Latihan (training)
§ Komited – cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna. § Upaya – memastikan sentiasa kompeten dan bersedia dalam melaksanakan tugas, termasuk tangkas (agile) dalam menghadapi sebarang perubahan. § Akauntabiliti – melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab bagi memastikan hasil kerja yang berkualiti tinggi dan bersesuaian dengan piawai dan amalan terbaik. § Leadership (kepimpinan) – berwibawa dan menjadi pempengaruh dalam membudayakan kualiti. § Inovatif – sentiasa konsisten dalam aktiviti peningkatan kualiti bagi memenuhi keperluan serta kehendak pihak berkepentingan. § Toleransi – bertolak ansur dan bersedia menghormati dan menerima pendapat orang lain. § Ilmiah – meneruskan pembelajaran sepanjang masa melalui pelbagai cara untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri. |
- Menyediakan perkhidmatan bagi memberi jaminan kualiti penyampaian perkhidmatan di Hospital Kemaman
- Mengurus dan mengawal selia dokumen kualiti yang digunakan di Hospital Kemaman.
- Memastikan semua aktiviti peningkatan kualiti dilaksanakan sebagaimana yang digariskan oleh semua pihak berkepentingan berkaitan.
- Memantau, mengkompilasi, menganalisa dan menyediakan pelaporan aktiviti kualiti agar penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan.
- Setiap pelanggan akan diberi layanan yang cepat, mesra dan profesional.
- Semua permohonan pindaan dokumen kualiti diproses dalam tempoh 2 hari bekerja.
- Semua laporan pencapaian dikemukakan kepada pihak berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Semua aktiviti peningkatan kualiti yang dirancang akan diselaraskan sebagaimana perancangan yang telah ditetapkan