Unit Casemix

PENGENALAN
Unit Casemix adalah sebuah unit perkhidmatan pengurusan hospital bukan klinikal yang baru diwujudkan di Hospital Kemaman bermula 1 Januari  2018  dengan tujuan meningkatkan ketepatan dan kesempurnaan dokumentasi diagnosis klinikal dan ketepatan penetapan kod ICD-10. Sistem Casemix telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bermula November 2010. Sistem ini memperkenalkan satu kaedah pengumpulan data setiap episod rawatan kesihatan berdasarkan maklumat klinikal dan sumber yang telah digunakan. Ia juga menjana maklumat mengenai kualiti penjagaan kesihatan, kecekapan kos dan sebagai alat maklumat pengurusan kesihatan yang lain. Ini seterusnya menjadikan Sistem Casemix sebagai pengukur kepada prestasi hospital, yang bertujuan untuk memberi ganjaran insentif bagi meningkatkan kecekapan sesebuah hospital. Ia juga berfungsi sebagai alat maklumat yang membolehkan  pembuat dasar memahami sifat dan kerumitan penyampaian penjagaan kesihatan.