Jabatan Dietetik dan Sajian
Menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan dietetic dan pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa. |
Misi Jabatan Sajian & Dietetik adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
Perkhidmatan Dietetik
- Memberi perkhidmtan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
Perkhidmatan Makanan
- Menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan dengan mengutamakan inovasi, berkembangan teknologi terkini dan melaksanakan penyelidikan serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti.
Perkhidmatan Dietetik
Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara professional dan berkualiti berorientasikan pelanggan.
Perkhidmatan Makanan
Untuk memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara professional, selamat, berkualiti dan efektif.
Perkhidmatan Dietetik | |
|
Perkhidmatan Makanan
|
Bahagian Perkhidmatan Dietetik
- Memastikan pesakit dalam yang dirujuk kepada Pegawai Dietetik samada kritikal atau tidak kritikal dilihat dalam tempoh 24 jam (1 hari bekerja).
- Memastikan pesakit dalam menerima sekurang-kurangnya 75% daripada saranan keperluan tenaga dalam tempoh 5 hari selepas dimulakan pemakanan diet cecair.
Bahagian Perkhidmatan Sajian
- Memastikan sekurang-kurangnya 85% pesakit di wad Hospital Kemaman berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan.
- Memastikan sekurang-kurangnya 95% pesakit mendapat diet yang tepat mengikut jenis diet yang dipesan oleh pihak wad.
- Membekalkan makanan yang dijamin bersih,selamat dan tiada kontaminasi fizikal.
8.1 | Waktu Operasi | |||||||
8.1.1 | Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam Waktu Pejabat (8.00 pagi – 5 petang) | |||||||
8.1.2 | Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar (Klinik Konsultasi Diet) 9.00 pagi – 1.00 petang | |||||||
8.1.2 | Operasi Perkhidmatan Makanan | |||||||
6.30 pagi – 6.00 petang |
8.2 | Jadual Hidangan Diet | |||||||
Waktu bagi pembekalan diet ke wad ialah :- |
Sarapan Pagi : 7.30 pagi - 8.00 pagi
Makan Tengahari : 11.30 pagi - 12.00 tengah hari
Minum Petang : 3.00 petang. - 3.30 petang
Makan Malam : 5.00 petang. - 5.30 petang.