Jabatan Pediatrik

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik mempunyai dua orang Pakar Pediatrik dengan dibantu oleh 17 orang Pegawai Perubatan, seorang penyelia jururawat dan empat orang Ketua Jururawat, manakala jururawat Terlatih adalah berjumlah seramai 39 orang dan Jururawat masyarakat adalah berjumlah 7 orang. Jabatan juga mempunyai seramai 7 orang Pembantu Perawat Kesihatan yang sentiasa membantu dalam tugas harian di Jabatan dan seorang Pembantu tadbir untuk membantu urusan berkaitan dengan pengurusan. Tidak dilupakan juga, Jabatan Pediatrik turut dibantu oleh 3  Jururawat daripada Klinik Pakar 2 yang menguruskan Klinik Pakar Pediatrik dan 2 Jururawat daripada Unit Daycare yang menjaga pesakit-pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan harian. 

Jabatan Pediatrik Hospital Kemaman memberi perkhidmatan kepada pesakit kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang memerlukan perkhidmatan pesakit dalam (kemasukan ke wad) dan rawatan sebagai pesakit luar (klinik)