Jabatan Nefrologi
Unit Hemodialisis Hospital Kemaman bersedia memberi perkhidmatan dan rawatan secara professional, beretika dan terkini kepada semua pesakit kearah mengoptimakan kualiti kehidupan dan produktiviti pesakit berterusan serta penekanan aspek kualiti demi melahirkan masyarakat yang sihat dan produktif berlandaskan rawatan dialisis secara profesional.
Memberi rawatan secara profesional, beretika dan terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti setiap pesakit ginjal ke tahap optima.
1. Meningkatkan kesihatan pesakit ketahap optima agar dapat menikmati kualiti hidup dan kerjaya yang sempurna
2. Menyediakan kaedah rawatan terkini kepada semua pesakit mengikut keperluan individu
3. Menyediakan anggota terlatih supaya pesakit mendapat rawatan secara profesional dan terkini
1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional
2. Memastikan semua prosedur rawatan yang diberi adalah terbaik, selamat dan teratur
3. Perkhidmatan dialisis diberikan hanya kepada pesakit yang telah mempunyai temujanji
4. Setiap pesakit diberi rawatan 3 kali seminggu
5. Rawatan dialisis mengambil masa selama 4 jam setiap sessi
1. Memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis terhadap pesakit yang telah disahkan oleh doktor mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sama ada akut atau kronik
2. Bertanggung jawab terhadap pesakit-pesakit yang membuat rawatan dialisis dirumah (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis)
3. Memberi perkhidmatan 24jam(oncall) bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan rawatan hemodialisis yang segera
4. Klinik Pakar oleh Pakar Perunding Kanan Nefrologi dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis diadakan setiap 3 bulan sekali
1. Memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit kegagalan buah pinggang.
2. Membekal peralatan rawatan CAPD kepada pesakit kegagalan buah pinggang.
Hanya pesakit yang dirujuk dari Pakar Perunding Kanan Nefrologi atau mendapat persetujuan dari Pakar Perubatan yang menjaga unit Hemodialisis sahaja diterima untuk mendapat rawatan di unit ini. Disamping itu pesakit tersebut memenuhi kriteria seperti berikut :-
- Pesakit disahkan mengalami kegagalan fungsi buah pinggang samada akut atau kronik
- Pesakit yang menunggu rawatan CAPD
- Pesakit yang mengalami komplikasi rawatan Peritoneal Dialysis
- Pesakit yang menunggu pemindahan buah pinggang atau telah menjalani pembedahan buah pinggang yang gagal
- Kakitangan Kerajaan dibawah Perintah Am Bab F.
- Keluarga kakitangan termasuk kedua ibubapa dibawah sistem SSB
- Murid sekolah
- Dibuka kepada semua golongan mengikut kekosongan yang ada mengikut senarai menunggu
- Pesakit tertentu yang telah diberi keutamaan tetapi mengikut kekosongan yang ada pada masa itu
- Pesakit dari lain-lain Unit Hemodialisis (kes tumpang)
1. Pesakit yang telah uzur tua hendaklah membawa seorang pengiring (penjaga) secara tetap dan tidak bertukar-tukar supaya tiada kesukaran semasa belajar cara-cara penyediaan asas dialisis.
2. Tempoh belajar adalah selama tiga bulan bagi setiap pesakit. (Terutamanya pesakit tetap di Unit ini). Pesakit/pengiring mestilah ada inisiatif untuk belajar kerana ini adalah untuk rawatan sepanjang hayat
Hari | Waktu |
Sabtu, Isnin & Rabu (termasuk hari kelepasan am) | 7.00 pagi - 9.00 malam |
Ahad, Selasa & Khamis (termasuk hari kelepasan am) | 7.00 pagi - 9.00 malam |
Jumaat | Tutup |