Jabatan Perubatan Rehabilitasi
- Jabatan Rehabilitasi Perubatan
- Jabatan Rehabilitasi ( Unit Pemulihan Carakerja )
- Jabatan Rehabilitasi( Unit Fisioterapi )
Jabatan Perubatan Rehabilitasi adalah gabungan tiga unit iaitu:
- Unit Perubatan Rehabilitasi
- Unit Pemulihan Carakerja
- Unit Fisioterapi
Jabatan Perubatan Rehabilitasi di ketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi dan di bantu oleh ketua-ketua unit. Unit Perubatan Rehabilitasi dianggotai oleh Pakar dan dibantu oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).
Semua anggota dari setiap unit bekerja sebagai satu pasukan dengan menggunakan pendekatan interdisiplinari untuk membantu merawat pesakit secara holistik.
Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi terletak di Bangunan Dewan Bersalin di tingkat bawah bersebelahan dengan ruang menunggu pendaftaran Dewan Bersalin. Lokasi ini mengambil alih tempat yang dahulunya merupakan sebuah Perpustakaan dan Pusat Sumber Dan Diabetik.
Unit Perubatan Rehabilitasi mengembeleng tenaga ke arah yang lebih baik.
Misi Unit Perubatan Rehabilitasi adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i) Untuk memudahkan dan membolehkan pesakit/pelanggan:- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii) Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif
iii) Dengan menekankan:
- Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- Sifat menghormati maruah insan
- Penglibatan masyarakat
Memberi perkhidmatan rehabilitasi kepada pesakit-pesakit yang mempunyai ketidakupayaan dan kecacatan melalui perkhidmatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam demi mencapai kualiti hidup dan kefungsian yang optimum.
7.1 Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
- Rehabilitasi Spinal
- Rehabilitasi Amputasi
- Rehabilitasi Strok dan Kecederaan Otak
- Rehabilitasi Pediatrik
- Rehabilitasi Kardiak & Pulmonari
- Rehabilitasi Post Covid (Long Covid Syndrome)
7.2 Perincian perkhidmatan adalah seperti:
- Penilaian dan perawatan pemulihan selepas kecederaan saraf tunjang, kecederaan otak, strok dan amputasi secara pesakit dalam dan pesakit luar
- Pemulihan intensif rehab di dalam wad di hospital kluster (Hospital Dungun)
- Penilaian dan perawatan neurogenic bladder dan neurogenic bowel
- Penilaian dan preskripsi alat perubatan pemulihan seperti kerusi roda khas, ortosis (alat sokongan kaki atau tangan), prosthesis (anggota tangan atau kaki palsu), kasut khas dan lain-lain
- Perawatan dan pemulihan luka kaki diabetik dan luka tekanan
- Perawatan otot spastik melalui suntikan ubat Botulinum toxin
- Perawatan hand/foot/spinal deformity melalui kaedah non-surgical technique
- Program Return To Work bersama PERKESO
- Program Return To Drive, Return to School dan Return to Community
- Lawatan ke rumah atau sekolah untuk pengubahsuain mengikut kesesuaian alat
perubatan, pelaksanaan pemulihan di rumah dan latihan pemulihan seperti hoist transfer.
- Perincian Perkhidmatan Post Covid
- i)Penilaian Long Covid Syndrome untuk pesakit COVID category 4 dan ke atas
- ii) Program pemulihan Post Covid merangkumi intervensi dari Fisioterapi, Pemulihan
Carakerja dan Perubatan Rehabilitasi selama 6 minggu.
7.2 Berikut adalah Jadual Perkhidmatan Pesakit Dalam Klinik Pakar dan perkhidmatan lain-lain:
HARI | MASA | SESI |
AHAD | 8.00 pagi - 8.45 pagi | Mesyuarat pagi |
9.00 pagi – 1.00 petang | - Rondaan wad/ kes rujukan - Klinik Diabetic Foot Wound - Klinik Spastisiti (Minggu ke 1) | |
8.00 pagi – 5.00 petang | Lawatan Pakar ke Hospital Dungun (Minggu ke 2 dan Minggu ke 4) | |
2.30 petang – 5.00 petang | - Rondaan wad/ kes rujukan - Klinik Diabetic Foot Wound | |
ISNIN | 8.00 pagi – 1.00 petang | - Klinik Spinal - Klinik Spinal / Neurorehabilitasi (Minggu ke 4) |
8.30 pagi - 1.00 petang | - Rondaan wad/ kes rujukan | |
2.30 petang - 5.00 petang | - Rondaan wad/ kes rujukan - IDR pesakit dalam aktif rehab - Serial Casting - Family Conference - Community Rehabilitation | |
SELASA | 8.00 pagi – 1.00 petang | - Klinik Amputasi Rehabilitasi - Klinik Diabetic Foot Wound |
8.30 pagi – 1.00 petang | Rondaan wad/ kes rujukan | |
2.30 petang – 5.00 petang | - Rondaan wad/ kes rujukan - Klinik Diabetic Foot Wound | |
RABU | 8.00 pagi – 1.00 petang | - Klinik Neurorehabilitasi - Klinik kerusi roda (Minggu ke 3) |
8.30 pagi – 1.00 petang | Rondaan wad/ kes rujukan | |
2.30 petang – 3.30 petang | CME Unit | |
3.30 petang – 5.00 petang | - Rondaan wad/ kes rujukan | |
KHAMIS | 8.00 pagi – 1.00 petang | - Klinik Pediatrik Rehabilitasi Ortopedik (Minggu ke 3) - Rehabilitasi Post Covid (mengikut rujukan kes) - Klinik Diabetic Foot Wound - Klinik RTW (minggu ke 4) - EKSA (Minggu pertama) |
8.30 pagi – 1.00 petang | - Rondaan wad/ kes rujukan | |
2.30 petang – 3.30 petang | - Klinik Diabetic Foot Wound - CME Jabatan |
7.3 RUJUKAN KES
Kes yang dirujuk kepada Jabatan Perubatan Rehabilitasi adalah secara doctor to doctor referral basis. Rujukan pesakit luar dilakukan melalui mengambil tarikh temujanji di klinik dan disertakan dengan surat rujukan doktor kerajaan atau doktor swasta. Bagi rujukan pesakit dalam, pegawai perubatan merujuk perlu menghubungi pegawai perubatan rehabilitasi pada waktu pejabat dan hari bekerja biasa disertakan surat rujukan. Rujukan interdisplinari oleh Jurupulih Anggota dan Jurupulih Carakerja boleh dilakukan secara terus kepada Pegawai Perubatan Rehabilitasi atau Pakar Perubatan Rehabilitasi.
Contoh jenis – jenis kes yang di lihat:
- a) Neurology with neurological deficit
Stroke, Traumatic brain injury, Multiple Sclerosis, Myasthenia Gravis, Guillain Barre’ Syndrome, Transverse Myelitis, Parkinson Disease, Spinocerebellar Ataxia, Brain Tumour, Acute/Chronic Inflammatory Demyelinating Disease
- b) Spinal with neurological deficit
Spinal cord injury, spinal tumour, TB spine, Transverse Myelitis
- c) Amputee
All amputation cases of upper limb and lower limb e.g. Ray’s amputation, Transfemoral and transtibial amputation, Syme, Transmetatarsal amputation, Chopart, transradial amputation, etc
- d) Musculoskeletal
Diabetic foot, Charcot foot, CTEV, Upper limb and lower limb deformity
- e) Paediatrics with neurological deficit or musculoskeletal deformity
Cerebral palsy, Spina Bifida, Global Developmental Delay, limb deformity, muscular dystrophy, Sacral Agenesis etc
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi seperti di bawah;
No telefon klinik: 09-8513569
Email: rehabhkmn@gmail.com
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja telah bermula semenjak dari tahun 2006 yang hanya di anggotai oleh 1 orang Jurupulih Perubatan Carakerja .
Pada masa kini anggota unit ini adalah terdiri dari 1 orang Pakar Perubatan Rehabilitasi, 1 orang Pegawai Pemulihan Carakerja U41, seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U32, 7 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U29.
Satu pasukan kakitangan professional yang memberikan perkhidmatan Pemulihan Carakerja berkualiti untuk semua pelanggan.
Satu pasukan kakitangan professional yang menyediakan perkhidmatan terapi berterusan bagi pesakit luar dan dalam yang mana pesakit akan dirawat dalam persekitaran yang selamat dengan menggunakan teknik terbaik dan teknologi yang tersedia masa kini serta memastikan kehormatan pelanggan dijaga dan dirahsiakan oleh kakitangan yang professional, bertanggungjawab, mengambil berat dan bekerja dalam satu pasukan. Kakitangan mesti mempunyai Pendidikan Perubatan Berterusan dan Pembangunan Professional Berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan seterusnya meningkatkan lagi pengalaman mereka.
Memberikan perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi kepada penduduk di jajahan Kemaman dan kawasan persekitaran yang berhampiran.
1. Untuk meningkatkan, memulihkan dan mengekalkan kemampuan fungsi individu yang mengalami masalah kecederaan, ketidakupayaan atau kecacatan dari segi fizikal dan psikologikal melalui pemilihan aktiviti-aktiviti terapeutik secara saintifik, yang mana terapi dilaksanakan secara pemantauan berjadual dan penggredan.
2. Untuk menyediakan khidmat yang tepat, efisien dan berkesan kepada pesakit luar dan dalam wad,
3. Untuk memastikan persekitaran dalam keadaan yang selamat, bersih dan selesa setiap masa.
4. Untuk memastikan semua kakitangan menyediakan perkhidmatan kepada pesakit dalam dan luar dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, menghormati dan penuh ketulusan.
5. Untuk menggalakkan kakitangan berusaha bagi mengembangkan kemahiran diri melalui program Pendidikan Perubatan Berterusan dan Pembangunan Professional Berterusan.
6. Untuk menggalakkan bekerja secara berkumpulan dan bekerjasama di dalam dan di luar jabatan.
1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional
2. Pelanggan akan diberi rawatan berdasarkan tarikh temujanji iaitu:
- Pesakit luar adalah dalam tempoh 3 hari waktu bekerja
- Pesakit dalam adalah dalam tempoh 24 hari waktu bekerja
3. Tempoh menunggu untuk pesakit luar adalah kurang 20 minit
4. Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur rawatan Pemulihan Carakerja
Unit Fisioterapi Hospital Kemaman adalah sebahagian daripada Jabatan Perubatan Rehabilitasi. Menyediakan semua perkhidmatan Fisioterapi kepada Pesakit Dalam dan Pesakit Luar yang dirujuk.
Unit Fisioterapi Hospital Kemaman akan menjadi sebuah unit terunggul dalam memberikan perawatan dan rehabilitasi fisioterapi berasaskan pembelajaran berterusan, pengalaman budaya korporat serta penekanan aspek kualiti dan teknologi berpatutan dengan mengekalkan dan menghormati nilai-nilai murni dan budaya setempat untuk memenuhi kehendak pelanggan dan masyarakat amnya.
Memberikan perkhidmatan dan rehabilitasi yang tebaik dan efektif berdasarkan “evidence based practiced” serta amalan perubatan terkini melalui pendekatan secara holistic dengan berteraskan nilai murni budaya korporat bagi memenuhi kehendak pelanggan untuk mencapai penyembuhan yang optima agar mereka dapat berdikari dan menikmati kehidupan yang berkualiti.
Memberi perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi kepada penduduk jajahan Kemaman dan kawasan persekitaran yang berhampiran.
1. Memberikan perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi fisioterapi kepada penduduk di daerah Kemaman dan kawasan persekitaran yang berhampiran.
2. Membantu membimbing dan menggalakan penyertaan pelanggan secara aktif dalam proses rawatan dan rehabilitasi agar mereka mencapai proses penyembuhan yang optima dan dapat menikmati kehidupan yang berkualiti.
3. Memastikan setiap pelanggan yang mendapat perkhidmatan di unit ini mencapai tahap penyembuhan serta tahap kefungsian yang maksimum.
1. Setiap pesakit akan diberi layanan mesra, Pengurusan yang cekap dan perawatan yang berkualiti.
2. Setiap pesakit / pesakit dalam akan dilayan dalam tempoh 24 jam setelah rujukan dibuat.
3. Setiap pelanggan / pesakit Luar akan mendapat temujanji pertama dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
4. Setiap pelanggan /pesakit akan dipanggil masuk ke ruang perawatan dalam tempoh tiga puluh minit (30 minit) setelah mendaftar di kaunter pendaftaran di kaunter pada hari temujanji.
ORIENTASI PESAKIT UNIT FISIOTERAPI, JABATAN PERUBATAN REHABILITASIHOSPITAL KEMAMAN
1. Perawatan Fisioterapi hanya boleh diperolehi dengan rujukan daripada Pakar atau Pegawai Perubatan.
2. Waktu operasi biasa Jabatan ini adalah sepertimana berikut: Ahad sehingga Rabu - 8.00 pagi hingga 5.00 petang Khamis - 8.00 pagi hingga 3.30 petang
3. Setiap Pesakit luar akan didaftarkan dan temujanji pertama akan ditentukan oleh Terapis dengan persetujuan pesakit..Pesakit Luar akan diberi tarikh temujanji pertama dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja .
4. Sebarang perubahan kepada tarikh temujanji boleh dikemaskini melalui telefon atau pesakit boleh memohon perubahan tarikh melalui kaunter jabatan.
5. Tarikh lawatan susulan akan ditentukan oleh pegawai bertugas dan dicatatkan di dalam buku temujanji pesakit. Sila bawa Buku Temujanji setiap kali datang perawatan ulangan.
6. Setiap pelanggan akan dipanggil masuk ke ruang perawatan dalam tempoh tiga puluh minit (30 minit) setelah mendaftar di kaunter pendaftaran pada hari temujanji.
7. Semua pesakit yang berkenaan akan dikenakan caj. Pastikan anda mendapat resit bayaran setelah bayaran dijelaskan.
8. Mana-mana pesakit kakitangan kerajaan atau waris yang membawa surat majikan, pesara yang memberi salinan kad pesara, pelajar yang mengemukakan surat pengesahan sekolah atau warga emas berumur lebih 60 tahun akan dikecualikan bayaran.
9. Surat pengesahan kehadiran menjalani perawatan Fisioterapi akan di beri kepada mana-mana pesakit atau penjaga jika diminta.
10. Mana-mana Pesakit yang tidak hadir pada tarikh temujanji tanpa notis selama sebulan (1 bulan ) akan ditamatkan perawatan.
11. Anda hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan kaedah perawatan yang dijalani. Minta nasihat/pendapat daripada Terapis anda.
12. Penggunaan Telefon Bimbit/ Kamera dan Perakaman Video adalah dilarang di dalam ruang Perawatan.
13. Anda tidak digalakkan untuk memakai barang kemas yang berlebihan dan membawa barangan berharga semasa menghadiri perawatan.
14. Penggunaan mesin dan peralatan hanya dengan arahan dan penyeliaan Terapis sahaja. Anda hendaklah sentiasa menggunakan peralatan dan mesin dengan cermat.
15. Hanya pesakit atau seorang pengiring sahaja (jika perlu) dibenar berada bersama pesakit di ruang perawatan. SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMBALAS BOLEH BERHUBUNG DENGAN KETUA UNIT FISIOTERAPI DI TALIAN : 09 8513400/3403 | FAKSIMILI: 09 8595512.