Bahagian Teknologi Maklumat

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


VISI

Memaksimakan fungsi, peranan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Hospital Kemaman. Meningkatkan kualiti dan keselamatan data sistem maklumat dan meningkatkan taraf dan kecekapan perkhidmatan pelanggan dengan penggunaan ICT.

MISI

Memberikan perkhidmatan dan kemudahan ICT untuk memenuhi keperluan jabatan-jabatan di Hospital Kemaman dan membangunkan serta menyelenggara sistem maklumat yang berkualiti dan pengautomasian pejabat bagi meningkatkan mutu, produktiviti, kecekapan pengurusan dan pentadbiran kakitangan Hospital Kemaman. Memberi pendedahan dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap penggunaan ICT dan memberikan perkhidmatan sokongan kepada kakitangan Hospital Kemaman

OBJEKTIF

1. Menyediakan dan memastikan kelancaran perjalanan sistem-sistem sedia ada, rangkaian dan peralatan ICT  yang digunakan di Hospital Kemaman.

2. Memastikan penyimpanan data yang teratur dan selamat.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan yang mesra dan profesional

2. Setiap Aduan Kerosakan ICT (Perkakasan dan Perisian) akan diambil tindakan dalam tempoh 10 hari bekerja

3. Setiap permohonan eMel Rasmi KKM akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja bagi permohonan melalui borang dan 5 hari bekerja daripada tarikh penerimaan maklumbalas daripada KKM bagi pendaftaran eMel secara atas talian

4. Sebarang masalah, sila berhubung dengan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat di talian 098513333 sambungan 3481

FUNGSI

1. Memastikan perjalanan sistem sedia ada agar berjalan dengan lancar.

2. Memastikan penyelenggaraan komputer dan rangkaian di Hospital  berjalan dengan baik.

3. Memastikan keselamatan system sedia ada.

4. Memberi khidmat nasihat kepada kakitangan berkaitan dalam bidang ICT

5. Memberi khidmat nasihat kepada Pengarah Hospital  berkaitan dengan pembangunan dan perjalanan  ICT di Hospital Kemaman


CARTA ORGANISASI

 

 

 

Pengurusan

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan adalah bahagian yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua jabatan klinikal dan bukan klinikal dalam menguruskan sumber manusia, kewangan dan hasil,  pentadbiran am, aset dan latihan, pembangunan perolehan dan perhubungan awam.  Bahagian ini ditubuhkan sejak penubuhan Hospital Kemaman

OBJEKTIF

Memastikan khidmat pengurusan dari segi pengurusan personal orang awam, pengurusan kewangan dan kutipan hasil, pengurusan projek pembangunan, aktiviti kejururawatan dan latihan dalam perkhidmatan dilaksanakan dengan cekap, mesra, sistematik dan berkualiti bagi menjamin perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan.

VISI

Bahagian ini akan menjadi sebuah unit yang terdiri daripada anggota yang cekap dan mesra pelanggan disamping mengutamakan pengurusan yang efisyen yang berkualiti

MISI

Meningkatkan mutu pengurusan pentadbiran, dan kewangan ke tahap yang cemerlang mengikut peraturan dan prosedur bagi menjamin perkhidmatan berkualiti

FUNGSI UTAMA BAHAGIAN PENGURUSAN

PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA

Aktiviti:

1.1.1             Urusan menerima pegawai melapor diri bagi lantikan baru dan bertukar masuk

1.1.2             Urusan pengesahan dalam jawatan

1.1.3             Urusan cuti anggota

1.1.4             Pengendalian kenaikan pangkat anggota

1.1.5             Pengurusan pencen anggota

1.1.6             Pengurusan laporan nilaian prestasi anggota

1.1.7             Pengendalian tatatertib

KEWANGAN DAN HASIL

Aktiviti:

·         Pengurusan bayaran

·         Pengurusan bayaran gaji anggota

·         Pengurusan pengeluaran pesanan alat tulis dan bekalan pejabat

·         Pengendalian kutipan hasil

·         Pengendalian bil-bil tertunggak dan proses hapus kira/pelupusan

·         Pengurusan kutipan kantin/kuaters

·         Penyediaan laporan kutipan hasil, bil hospital dan penyata penyesuaian hasil dan amanah

·         Pengurusan perolehan pembangunan dan pembaikian kecil

·         Pengurusan panjar wang runcit dan panjar khas

PENTADBIRAN AM / ASET DAN LATIHAN

Aktiviti:

·         Pengurusan fail jabatan

·         Pengendalian surat menyurat

·         Pengurusan aset / stor jabatan

·         Pengurusan kuaters

·         Penyelarasan Keselamatan

·         Penyelarasan penggunaan Bilik Mesyuarat dan Dewan Ibnu Sina

·         Perpustakaan

·         Pengurusan latihan anggota

PERHUBUNGAN AWAM

Aktiviti:

·         Perkhidmatan telefonis

·         Pengendalian aduan dan maklumbalas pelanggan

·         Mengambil gambar/ perfileman / temubual

·         Pengeluaran maklumat

·         Forum awam dan pameran

PEMBANGUNAN DAN PEROLEHAN

Aktiviti:

·         Perancangan Projek Pembangunan

·         Pemantauan Projek Pembangunan

·         Menguruskan perolehan secara pembelian terus dan sebut harga/kerja dan perkhidmatan hospital

Subcategories