PENYUSUAN SUSU IBU


KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA (EKSKLUSIF)
Tiada makanan dan minuman serta puting selain dari susu ibu untuk 6 bulan yang pertama supaya;
  • Bayi mendapat semua khasiat susu ibu pada tahap yang paling maksima.
  • Mengelakkan kekeliruan puting.
  • Mengelakkan kekurangan susu.
  • Mengelakkan bengkak payudara.
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI
  • Kolostrum - berfungsi sebagai imunisasi pertama untuk bayi.
  • Antibodi - melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, sakit perut,asthma dan radang paru-paru.
  • Laksatif - mempercepatkan pengeluaran meconium dan mencegah jaundis.
  • Mengandungi kesemua zat makanan yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan dan tumbesaran seperti  HA,DHA,AA,SA (zat khusus untuk perkembangan otak)
  • Penghadaman yang mudah
  • Kurangkan masalah pergigian,jangkitan telinga dan diabetes pada kanak-kanak.
 
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU
  • Membantu mengecutkan rahim-mengurangkan pendarahan.
  • Penyusuan sepenuhnya menjarakkan kelahiran untuk 6 bulan yang pertama.
  • Mengeratkan kasihsayang ibu dan anak.
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari

Panduan Penyusuan Susu Ibu