UNIT HEMODIALISIS

  1. Latar belakang organisasi /unit

 

        1.1.1  Pengenalan

                   Polisi ini mengandungi pernyataan tentang dasar operasi yang dijalankan di unit

                     Hemodialisis . Unit Hemodialisis terletak di belakang bangunan utama berdekatan

                     dengan laluan masuk kuarters Hospital dan ianya mula beroperasi pada 1 Jun 2011

                     dengan jumlah pesakit seramai 6 orang.

  1.1.2 Visi dan Misi

                  Visi

                         Menjadikan unit  ini sebagai satu pasukan yang profesional dengan anggota yang mengamalkan

 

                              Sikap penyayang . Memberi dorongan dan pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup.

 

                             Misi

                              Memberi perkhidmatan perawatan Hemodialisis yang berkualiti selamat dan berterusan  bagi

                              mencapai  tahap kesihatan yang maksima.

  1. 1.3 Fungsi.

 

                 1.1.3.1   Memberi dan menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang menghidapi

                               penyakit “Chronic Kidney Disease Stage 5” seperti berikut :

 

                1.1.3.2   Menjalankan rawatan Hemodialisis mengikut shift yang ditetapkan

                 1.1.3.3   Membantu menjalankan Pre-Renal Transplant work-up dan selepas menjalani pembedahan

                               pemindahan   buah pinggang dilakukan.

               1.1.3.4   Menyediakan   rawatan  Unit CAPD “Continous Ambulatory Peritonel Dialysis”Sebagai pusat 

                             latihan bagi  pesakit-pesakit disekitar Daerah Setiu selama 2 minggu sewaktu berada di dalam

                             wad.

                1.1.3.5  Mengendalikan klinik lawatan Pakar Nefrologi  3 bulan sekali mengikut jadual yang disediakan.

 

         1.1.4.Objektif  Perkhidmatan

 

                1.1.4.1  Semua pesakit  mendapat  rawatan Hemodialisis yang optima bagi  mencapai pemulihan yang

                            maksima  melalui perawatan yang berkualiti cekap dan berkesan dengan berpegang kepada dasar

                            prosedur  yang ditetapkan.

               1.1.4.2  Membuat pre-renal transplant (work-out) : Arahan pakar Nefrologi, sebagai langkah awal

                            persediaan sebelum menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.

2.Struktur Organisasi /Unit

    2.1 Piagam pelanggan

                 2.1.1 Setiap pesakit akan menjalani rawatan Hemodialisis sekurang-kurangnya 4 jam setiap kali rawatan

                         dan 3  kali seminggu

                 2.1.2  Setiap pesakit akan diberikan penerangan berkaitan dengan rawatan serta ubatan secara sopan

                          dan mesra.

                 2.1.3 Pelanggan juga akan diberi rawatan susulan secara berkala oleh pakar/pegawai perubatan pada   

                          setiap 3  bulan sekali atau bila perlu.

 

  1. Polisi Unit Hemodialisis

 

     3.1  Masa Operasi

 

                3.1.1. Waktu bekerja untuk masa pejabat adalah:-

                          Hari bekerja penuh (Ahad – Khamis):

                          Jam : 8:00 pagi – 5:00 petang.

                          Waktu rehat: Jam 1:00 petang – 2:00 petang.

 

                3.1.2. Waktu bekerja untuk kakitangan yang bukan bertugas waktu masa pejabat pula dibahagikan kepada 

                    dua syif iaitu:-

Syft Pagi

Jam 7:00 pagi – 2:00 petang

Syft Petang

Jam 2:00 petang – 9:00 malam

 

 

 

                 3.1.3. Memberi rawatan Hemodialisis dari hari Ahad hingga Sabtu termasuk Hari Kelepasan Am.

                 3.1.4. Unit Hemodialisis akan ditutup pada hari Jumaat.

                 3.1.5. Memberi rawatan selama 4 jam sekali rawatan / sesi.

                 3.1.6. Waktu sesi rawatan untuk pesakit dialisis Hospital Setiu dibahagikan kepada tiga sesi rawatan 

                           Seperti.

 

                 Jadual B.

         Perkara

                  Masa

Sesi Pertama

Jam 7:00 pagi – 11:00 pagi

Sesi Kedua

Jam 11:30 pagi – 3:30 petang

Sesi Ketiga

Jam 4:00 petang – 8:00 malam