- PENGENALAN
Unit Pengurusan Hospital Setiu adalah salah satu bahagian yang memberi perkhidmatan kepada perkhidmatan perawatan pesakit Hospital Setiu. Unit Pengurusan menyediakan perkhidmatan pentadbiran, kewangan, hasil, operator telefon, perpustakaan dan teknologi maklumat.
1.1 LOKASI
Bil |
Unit |
Lokasi
|
1.1.1 |
Pejabat Pengurusan Pentadbiran, Kewangan, Pembangunan, (Kejuruteraan), Teknologi Maklumat dan Perpustakaan Hospital Setiu.
|
Terletak di Aras 3, Blok Utama Kompleks Hospital Setiu berhadapan dengan Wad lelaki (Wad 3A) |
1.1..2 |
Unit Khidmat Pelanggan |
Terletak di aras bawah di bahagian kiri blok utama lokasi yang sama dengan Unit Trauma dan Kecemasan.
|
1.1.3 |
Unit Hasil |
Terletak di lobi berselahan dengan pintu masuk utama sebaris dengan Unit Perubatan dan juga Unit X-Tray
|
1.2 Visi dan Misi
Unit Pengurusan sebagai unit yang dapat memberi dan menyediakan perkhidmatan kepada seluruh anggota hospital dengan berkualiti dan cemerlang secara berterusan
Memberi perkhidmatan pengurusan yang terbaik dari segi latihan, kewangan, sumber manusia kepada kakitangan hospital dan juga semua pelanggan yang berurusan dengan hospital
1.3 Objektif Umum
Untuk membantu ke arah pencapaian dasar dan objektif Hospital Setiu dengan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti lain di Hospital Setiu disokong dan didokong dengan satu sistem perkhidmatan pengurusan yang kukuh, cekap dan berkesan dari segi pentadbiran sumber manusia dan kwangan.
- Struktur Organisasi
2.1 Piagam Pelanggan
Kami berusaha dan komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta memberi layanan yang adil dan saksama. Usaha yang berterusan akan dilakukan bagi memberi perkhidmatan yang sempurna, mesra dan selesa. Perhatian akan diberi segi kecekapan, ketetapan dan keberkesanan terhadap maklumat-maklumat dan perkhidmatan yang diberikan seperti berikut :-
- Menedarkan surat-surat yang telah diminta dalam masa 2 hari
- Menyediakan dan mengedarkan minit-minit mesyuarat dalam masa 7 hari
2.1.3 Memproses permohonan pinjaman perumahan, computer dan kenderaan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen-dokumen yang lengkap
- Memproses permohonan perolehan bekalan, perkhidmatan dan bekalan pejabat yang diluluskan dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan.
2.1.4 Menyediakan dan mengedarkan Penyata Perbelanjaan kepada ketua Ketua-Ketua Bahagian sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan
- Memproses dan mempastikan semua anggota yang baru dilantik menerima gaji dalam masa 2 bulan dari tarikh melaporkan diri.
- Menyediakan Penya Gaji (Borang EC) untuk tujuan taksiran cukai pendapatan dalam masa 5 hari
- Memproses kertas-kertas persara-persaraan 12 bulan sebelum tarikh persaraan paksa seseorang anggota
- Menyimpan dan mempastikan maklumat-maklumat peribadi dan sulit tidak dibaca atau diketahui oleh pihak yang tidak berkaitan dengannya.
- Memproses permohonan pertukaran dalam masa 7 hari
- Memproses perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen 3 bulan sebelum tarikh berkuatkuasa
2.1.11 Memproses baucer-baucer tuntutan dalam tempoh 10 hari pertama setiap bulan
Sila hubungi Bahagian Pengurusan mellalui telefon 09-6116666 jika menghadapi kesulitan dalam berurusan mengenai perkara di atas.