UNIT FARMASI DAN BEKALAN

PENGENALAN 

Unit Farmasi adalah salah satu unit dalam perkhidmatan sokongan di Hospital Setiu. Fokus utama Unit Farmasi adalah untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan ambulatori dan pesakit dalam yang berkualiti dan berkesan melalui penjagaan farmaseutikal yang optimum kepada pesakit. Unit Farmasi juga bertanggungjawab dalam perolehan ubat-ubatan dan item pakai buang serta memainkan peranan penting dalam mempromosi penggunaan ubat secara rasional juga kos-efektif melalui sistem pembekalan yang cekap. 

     Lokasi

Bil

Unit

Lokasi

 

1.1.1

Unit Farmasi Pesakit Luar

 

Terletak di aras satu bangunan utama iaitu di sebelah kanan   “reception counter” dan bersetentangan dengan Klinik  Pakar

 

1.1.2

Unit Farmasi Pesakit Dalam

Terletak di aras satu bangunan utama iaitu di sebelah kanan   “reception counter” dan bersetentangan dengan Klinik  Pakar (dalam ruangan yang sama dengan farmasi pesakit luar, dibahagian belakang)

 

1.1.3

Unit Farmasi Klinikal

Terletak dalam ruangan yang sama dengan Farmasi Pesakit Dalam.

 

1.1.4

Unit Farmasi Logistik

Terletak di bahagian belakang bangunan utama bersebelahan dengan unit sajian dan dietetik.