Unit Rehabilitasi Hospital Setiu telah beroperasi sejak Mei 2005. Unit ini menawarkan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja dan Pemulihan Perubatan. Anggota yang berperanan sebagai agen pemulihan yang holistic kepada pesakit yang memerlukan. Skop perkhidmatan adalah terdiri dari Pesakit Luar dan Pesakit Dalam.
Visi
Visi Perkhidmatan Pemulihan Carakerja
Menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang bersistematik bertaraf antarabangsa dan mudah diperolehi di setiap peringkat sistem penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan.
Visi Perkhidmatan Fisioterapi
Menyampaikan Perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah meningkatkan kualiti hidup.
Misi
Misi Perkhidmatan Pemulihan Carakerja
Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence based practice.
Misi Perkhidmatan Fisioterapi
Komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan cost-effective serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat.
Melahirkan tenaga kerja profesional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan piawaian kebangsaan antarabangsa.
Objektif
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja
Untuk memastikan pelanggan dapat Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang selamat, tepat dan berkesan.
Untuk menyediakan satu garis panduan bagi menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja pada tahap optimum melalui kerjasama Ahli Kumpulan Perawatan Multidiplinary Team – MDT ke arah penjagaan pesakit secara menyeluruh.
Untuk memastikan Pegawai Pemulihan / Jurupulih Carakerja sentiasa kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran dengan mengikuti program pembelajaran berterusan.
Perkhidmatan Fisioterapi
Menyediakan fasiliti, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi.
Memberi Perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif dan cekap dengan melahirkan anggota Fisioterapi yang professional, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence- based practise (EBP) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai
Memberi perkhidmatan yang berkesan berasaskan EBP
Menggalakkan pembabitan pesakit, keluarga atau waris dalam proses rawatannya melalui pendidikan kesihatan.
Memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan menerapkan nilai -nilai murni selaras dengan Budaya Korporat KKM.