Wad 2C dan Dewan Bersalin
Wad ini beroperasi dengan 4 katil (2 antenatal dan 2 katil postnatal) dan Dewan Bersalin mempunyai 4 labour suite. Sebelum ini bagi kes Obstetrik (antenatal dan postnatal) ditempatkan di Wad 2B (Wad Kanak-kanak). Bermula 1 Januari 2024 semua kes obstetrik (antenatal dan postnatal) ditempatkan di Dewan Bersalin bagi memberi laluan kemasukan kes Neonatal Jaundice dan Daycare Neonatal yang meningkat dari masa ke semasa.
Penempatan ini juga memberikan keselesaan kepada ibu yang akan bersalin dan memberi kemudahan Amalan Mesra Ibu dan Mesra Bayi.