VISI
Hospital Setiu sebagai sebuah hospital cemerlang yang berasaskan ICT dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti secara berterusan.
MISI
Memberi perkhidmatan perubatan terbaik dengan menggunakan teknologi terkini bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bermaklumat demi mencapai kepuasan pelanggan melalui budaya kerja penyayang, semangat kerja berpasukan dan nilai berprofesionalisme yang tinggi.
OBJEKTIF
Hospital Setiu adalah komited dalam memberikan perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan “Sistem Pengurusan Kualiti” bagi memenuhi kehendak pelanggan.