Hospital Setiu mula dibina pada Oktober tahun 2000 di bawah Projek Rancangan Malaysia ke – 7, Ia merupakan Turnkey Project (HSS-KKM JV Sdn Bhd) dengan kos pembinaan sebanyak RM 65,662,790. Hospital ini mula diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Julai 2003 dengan bilangan katil sebanyak 76 katil.
Hospital Setiu mula beroperasi pada 7 Disember 2003 dengan pembukaan Unit Kecemasan sahaja.Diikuti dengan pembukaan Wad Perempuan pada januari 2004, Wad Lelaki pada April 2004 dan Wad Kanak-kanak pada Oktober 2004,Dewan Bersalin pula telah dibuka kepada pesakit mulai 9 Mei 2004.
Hospital Setiu meliputi kawasan seluas 8.3 hektar dari 16.2 hektar luas kawasan Hospital, Ianya terletak di Kg Pak Kancil, Mukim Tasik , Bandar Permaisuri, Daerah Setiu. Dngan jarak 2km dari Bandar Permaisuri ,Ia berada dengan jarak 72km dari daerah Kuala Terengganu dan 40km dari Jertih Besut.
Hospital Setiu juga menjadi pusat rujukan bagi 4 buah klinik kerajaan dan 13 buah klinik desa. Mata pencarian utama bagi Penduduk sekitar ialah berasaskan pertanian dan perikanan.