UNIT DIETETIK DAN SAJIAN

  1. LATAR BELAKANG ORGANISASI / UNIT

1.1.1    Pengenalan

Unit ini diketuai oleh Pegawai Dietetik  Gred U41. Anggota-anggota lain adalah Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C32, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29 dan Pembantu Penyediaan Makanan N19.

 

Peralatan yang sedia ada ialah sebuah Combi Oven, Chiller, Freezer, sinki-sinki  stainless steel dan troli stainless steel. Perkhidmatan Sajian yang disediakan adalah secara “Centralised Plating” bagi memenuhi visi Hospital Setiu.

 

  • Lokasi

Unit Dietetik dan Sajian terletak di Blok D bersebelahan dengan Unit Stor Bekalan Farmasi. Lokasi unit ini berada dalam jarak beberapa meter dengan lif pengangkutan bagi memudahkan pengagihan makanan dihantar dengan lebih cepat dan efisiyen.

 

1.2.1    Visi

Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi Hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

 

1.2.2    Misi

 

   1.2.2.1 Perkhidmatan Dietetik

  • Membantu Rawatan Perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan “evidence–based” disamping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

 

 

1.2.2.2 Perkhidmatan Sajian

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses catering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

 

1.3       Objektif Umum

Memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

 

1.4       Objektif khusus

  1. a) Untuk membekalkan diet normal dan diet teraputik mengikut pesanan wad bagi kelas dua, tiga dan wad kanak- kanak.
  2. b) Untuk membekalkan diet yang bersesuaian bagi doktor bertugas atas panggilan.
  3. c) Membekalkan catuan makanan kering ke wad untuk kegunaan pesakit.
  4. d) Untuk memberi khidmat ‘medical nutrition therapy’ bagi ‘oral diet’ serta ‘nutrition support’ kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
  5. e) Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan

              katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi

              peningkatan mutu perkhidmatan.

  1. f) Memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih Institusi Pengajian Tinggi.

 

  1. STRUKTUR DAN ORGANISASI UNIT
    • Piaggam Pelanggan
      • Perkhidmatan Dietetik
    • Tiap pesakit yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau sosio ekonomi.
    • Tiap pesakit yang dirujuk akan diberi maklumat yang jelas mengenai aspek penjagaan diet bersesuaian mengikut keadaan penyakit masing-masing.
    • Jangka masa kaunseling diet :

Bagi pesakit yang baru dirujuk  : 30 minit – 45 minit

Bagi pesakit ulangan                  : 15 minit – 20 minit

  • Bagi pesakit dalam yang dirujuk, pesakit akan diberi perkhidmatan klinikal dietetik dalam tempoh 24 jam bagi kes-kes kritikal dan kes-kes tidak kritikal.

 

2.1.2  Perkhidmatan Sajian

  • Membekalkan diet harian yang betul mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit serta mengikut selera dan cita rasa tempatan. Ia mesti menyumbangkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badan berfungsi dengan normal untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu rosak.
  • Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan wad.
  • Diet akan dibekalkan empat (4) kali sehari megikut jadual seperti berikut :

Sarapan pagi            : 7.30 pagi - 8.00 pagi

Makan Tengahari    : 11.30 pagi – 12.00 tengahari

Minum petang          : 2.30 petang – 3.00 petang

Makan Malam           : 5.00 petang – 5.30 petang

  • Bagi Kes baru sebelum 5.15 petang, diet akan disediakan dalam masa 30 minit selepas pesanan tetapi diet yang diberikan tidak semestinya sama dengan diet normal akan tetapi dipastikan bersesuaian dan bermutu.