- LATARBELAKANG UNIT
1.1 Pengenalan
Unit Kualiti mula beroperasi pada Julai 2014 bagi menjalankan aktiviti peningkatan kualiti.Unit Kualiti terletak di Aras 2 bangunan utama bersebelah dengan wad Kanak-kanak(2B).
Unit Kualiti berfungsi untuk menyelaraskan semua aktiviti kualiti yang telah ditetapkan oleh KKM dan merupakan pusat rujukan bagi memberi maklumat berkaitan kualiti kepada wargakerja hospital.Unit ini bekerjasama dengan semua penyelaras aktiviti peningkatan kualiti yang dilantik bagi melicinkan perjalanan aktiviti berkaitan kualiti.
Unit Kualiti juga dibantu oleh penyelaras Aktiviti Kualiti yang dilantik oleh Pengarah Hospital serta penyelaras kualiti Jabatan/Unit yang mana telah memudahkan pihak Unit Kualiti mendapatkan maklumat/data berkaitan sesuatu aktiviti kualiti
1.2 VISI DAN MISI
1.2.1 Visi
Memastikan peningkatan kualiti yang berterusan untuk memenuhi persepsi dan ekspektasi pelanggan
1.2.2 Misi
Unit Kualiti Hospital Setiu sentiasa berusaha memastikan semua aktiviti kualiti dilaksanakan seperti yang telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan memantapkan pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan
1.3 OBJKETIF UNIT KUALITI HOSPITAL SETIU
1.3.1 Objektif Umum:
Menyelaras semua aktiviti Kualiti Hospital supaya perkhidmatan ataupun produk yang dihasilkan berkualiti serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh hospital, jabatan dan kementerian.
1.3.2 Objektif Khusus:
- Memastikan semua aktiviti kualiti dilaksanakan oleh unit-unit seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dipantau dan dianalisa serta data pencapaian yang diperolehi adalah tepat.
- Memastikan semua reten/laporan aktiviti kualiti dihantar Ke Unit Kualiti Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengikut jadual yang ditetapkan.
1.4 Kenyataan Polisi
Polisi operasi ini disediakan mengikut garis panduan dari pihak hospital, JKN dan KKM. Tujuan Polisi adalah untuk menjelaskan (clarify) prosedur dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kualiti agar selari dengan objektif dan Dasar Kualiti Hospital Setiu. Sebarang pindaan atau perubahan akan dilaksanakan jika ada perubahan pada garis panduan atau arahan dari pihak atasan. Polisi ini sah digunapakai di Hospital Setiu sahaja dan akan dikemaskini secara berkala. Ketidakpatuhan pada polisi akan menjejaskan kelancaran dan kualiti perkhidmatan.
2.0 STRUKTUR ORGANISASI
2.1 Piagam Pelanggan
- Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, mesra dan berkualiti
- Memudahcara dan menyelaras semua aktiviti peningkatan kualiti yang dijalankan di Hospital Setiu
- Maklumat akan disalurkan kepada pelaksana aktiviti (Jabatan/Unit) mengikut keperluan
- Menggalakkan anggota hospital mendapat latihan dalam aspek kualiti demi meningkatkan mutu perkhidmatan
- Semua anggota hospital mendapat informasi terkini dalam aktiviti peningkatan kualiti
2.2 Carta Organisasi
Sila rujuk di lampiran 1
2.3 Aspek-Aspek Organisasi
Dikendalikan oleh seorang Person Incharge Unit (PIC) Pegawai Perubatan UD 54, 1 orang Jururawat U32(KUP) yang dilantik oleh Pengarah Hospital. Berfungsi sebagai pusat aktiviti kualiti dan akan merancang dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak hospital, jabatan dan kementerian.
2.4 Skop perkhidmatan & Jawatankuasa
2.4.1 Fungsi Utama
- Menyelaraskan aktiviti – aktiviti Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Kualiti Hospital sepertimana diarahkan oleh Pengarah Hospital.
- Menfailkan semua laporan aktiviti kualiti hospital.
- Melaporkan kepada pengarah hospital laporan aktiviti kualiti yang telah disediakan oleh setiap penyelaras mengikut jadual yang ditetapkan atau bila diperlukan.
- Memastikan semua penyelaras aktiviti kualiti menyediakan laporan masing-masing sebelum Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dijalankan.
- Mengkoordinasi dan menjalankan aktiviti kualiti sebagaimana yang ditetapkan oleh hospital.
- Mengawal, melaksana dan memantau aktiviti – aktiviti kualiti di hospital yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Mendokumentasi serta menfailkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan aktiviti - aktiviti kualiti hospital.
2.4.1.2 Penghantaran laporan terkini aktiviti kualiti hospital ke Unit kualiti JKNT dan KKM mengikut jadual yang ditetapkan atau bila diperlukan.
2.4.1.3 Menyediakan bahan rujukan kualiti kepada pelanggan (Warga Hospital Setiu) serta memuat naik bahan – bahan/dokumen berkaitan aktiviti kualiti dalam hict.
2.4.1.4 Menyediakan takwin tahunan aktiviti kualiti untuk dimasukkan dalam takwin hospital.
2.4.2 JAWATANKUASA PEMANDU KUALITI HOSPITAL SETIU
Pengerusi |
: |
Dr.W.Md. Shihabudin bin Wan Mamat Pengarah Hospital |
PIC Unit Kualiti |
: |
Dr Izhar Aleman bin Ab Ghani Pegawai Perubatan UD54 |
Ketua Jururawat Y/M |
: |
Azimah binti Setapa @ Awang Ketua Jururawat U32 |
Urusetia |
: |
Waziriya binti Wahab Jururawat U32(KUP) |
AHLI JAWATANKUASA :
Pn Nor Azlinda Osman- Penyelaras PJ Azizah binti Setapa - Setiausaha |
MS ISO 9001:2015 |
Dr Izhar Aleman bin Ab Ghani- Penyelaras JT Waziriya Wahab- Setiausaha |
Incident Reporting |
Dr Norhafiza binti Rashid- Penyelaras JT Waziriya Wahab- Setiausaha |
HPIA/KPI/HSA/SSA |
Dr Arthifah binti Abdul Aziz- Penyelaras JT Waziriya Wahab- Setiausaha |
Clinical Practice Guidelines |
Dr Norhafiza binti Rashid- Penyelaras JT Waziriya Wahab- Setiausaha |
Patient Safety Goals |
Dr Ainulashikin Ibrahim- Penyelaras Cik Shahirah - Setiausaha |
JK QAP |
En Zuli Hendra Hussain- Penyelaras -Setiausaha
|
JK Inovasi |
JK KIK |
|
Dr Rawaida Ab Talib- Penyelaras JT Waziriya Wahab -Setiusaha |
Akreditasi |
Dr Rosma binti Abd Ghani KJ Noorkumalasari binti Kasim |
Pain Free Hospital |
KJ Zarina binti Osman-Penyelaras
|
Hospital Mortality Review |
KJ Zakiah Abdullah |
Maternal Mortality |
KJ Norkumalasari binti Kasim |
Perinatal Mortality |
PJ Azizah binti Setapa-Penyelaras JT Waziriya Wahab-Setiausaha |
Credentialing & Privileging |
Dr Athifah binti Abdul Aziz- Penyelaras JT Waziriya Wahab- Setiausaha |
CME |
PJ Noorhayani binti Ahmad- Penyelaras
|
CNE |
Pn Sarina Jusof-Penyelaras |
Latihan |
Pn Nor Azlinda Osman- Penyelaras Pn Noor Liza Samsudin |
Aduan Awam |
Pn Nur Shairah binti Badrul Hisham-Penyelaras |
Kajian Kepuasan Pelanggan |
Pn Siti Noraini Ghazali-Penyelaras |
Piagam Pelanggan |
Pn Nur Athirah Amran- Penyelaras |
Budaya Kerja Cemerlang (BKC) |
Pn Nor Azlinda Osman- Penyelaras |
Objektif Kualiti |
2.5 MASA OPERASI UNIT KUALITI
Ahad hingga Rabu : 07.30 pagi – 01.00 petang
02.00 petang – 04.30 petang
Khamis : 07.30 pagi – 01.00 petang
02.00 petang – 3.00 petang
Jumaat dan Sabtu & : Cuti hari bekerja
Hari kelepasan Am