Perkhidmatan secara profesional
- Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan & Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :
- Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta
- Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15minit
- Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit
- Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit
- Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan