KLINIK PAKAR

  1. LATARBELAKANG ORGANISASI /UNIT
    • Pengenalan
      • Klinik Lawatan Pakar adalah klinik yang diwujudkan di Hospital Setiu dengan tujuan untuk memudahkan pesakit mendapatkan pemeriksaan Pakar dan memudahkan Pegawai Perubatan membuat rujukan.
      • Perkhidmatan Klinik Pakar adalah mengikut jadual yang ditetapkan dan pesakit akan diberi tarikh temujanj mengikut jadual lawatan Pakar samada sebulan sekali, 2 bulan sekali mengikut keadaan kesihatan pesakit.
    • Visi Dan Misi
      • Visi Klinik pakar adalah sebuah klinik lawatan Pakar atas lawatan yang cemerlang dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti secara berterusan.
      • Misi klinik pakar adalah memberikan perkhidmatan perubatan Klinik Pakar atas lawatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bermaklumat demi mencapai kepuasan pelanggan melalui budaya kerja penyayang, semangat berpasukan dan nilai professionalisme yang tinggi.
    • Objektif
      • Memberi perkhidmatan rawatan kepakaran yang terbaik, efisien dan efektif serta berkualiti untuk memenuhi kehendak dan hasrat pelanggan dan masa menunggu untuk berjumpa doktor di klinik lawatan Pakar tidak melebihi 90 minit.
    • Kenyataan Polisi (Policy Document Statement)
      • Klinik Pakar telah mula beroperasi pada September 2005 .Klinik Pakar menyediakan perkhidmatan pakar atas lawatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
      • Sumber rujukan pesakit adalah dari klinik kesihatan, klinik swasta, Unit Pesakit Dalam Hospital Setiu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
      • Perkhidmatan yang di berikan merangkumi 18 disiplin mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan dibantu oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Setiu sendiri.
      • Klinik Pakar juga ada merujuk kes ke hospital yang mempunyai pakar.
      • Polisi akan dikemaskini sekurang kurangnya 3 tahun sekali sekiranya tiada perubahan. Semua pelanggan dan staf perlu mematuhi setiap polisi yang telah ditetapkan.
  1. STRUKTUR ORGANISASI/UNIT
    • Piagam Pelanggan
      • Pesakit mendapat rawatan doktor dalam masa 90 minit bermula dari masa mendaftar. Pesakit yang melakukan prosedur tertentu seperti melakukan x-ray, pap smear, pipell, scan dan sebagainya tidak di ambil kira.
    • Carta Organisasi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Carta Organisasi Klinik Pakar

 

       
   
 
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Aspek- Aspek Organisasi
    • Klinik Pakar dinaung oleh Pengarah Hospital, diketuai oleh Pegawai Perubatan, diselia oleh Penyelia Jururawat dan dibantu oleh seorang Ketua Jururawat . Anggotanya terdiri oleh seorang Pegawai Optometri, 3 orang Jururawat Terlatih, 5 orang Jururawat Masyarakat dan 2 Pembantu Perawatan Kesihatan.
  • Skop Perkhidmatan Yang Disediakan.

BIL

DISIPLIN( PAKAR)

JADUAL KEDATANGAN

1.

Perubatan

2 kali sebulan(Khamis minggu 1 dan Isnin minggu 4)

2.

Respiratori

2 bulan sekali ( Ahad minggu 2)

3.

Nefrologi

Setiap bulan

4.

Pembedahan Am

2 kali sebulan( Selasa minggu kedua dan Selasa minggu 4)

5.

Oftalmologi

2 kali sebulan (Selasa minggu 1 dan Rabu minggu 3)

6.

Orthopedik

Setiap bulan ( Khamis minggu 2)

7.

Obstetric& Gynaecology

2 kali sebulan( Rabu minggu1 ,Isnin minggu 3)

8.

ORL

Sebulan sekali (Rabu minggu 2)

9.

Paediatric

2 kali sebulan ( Rabu minggu 4)

10.

Psyciatric

2 kali sebulan (Isnin minggu 1)

11.

Rehabilitasi

2 bulan sekali ( Isnin minggu 2)

12.

Neuro Surgery

3 bulan sekali ( Khamis minggu 4)

13.

Hematology

4 bulan sekali

14.

Anaesthasia

Bergantung pada OT list

15.

Paed Surgery

Setiap bulan (rabu minggu 3)

16.

Plastic Surgery

Sebulan sekali

17.

Optometri

Setiap hari

18.

Dietetik

2 kali sebulan

 

 

 

 

  • Masa Operasi
    • Masa operasi klinik pakar adalah seperti dalam jadual dibawah:

 

Waktu Peringkat (WP)

 

Hari

 

Waktu Bekerja

 

Waktu Rehat

 

Waktu Bekerja

 

WP 1

 

Ahad - Rabu

 

7.30 am- 1.00pm

 

1.00pm-2.00pm

 

2.00pm – 4.30 pm

 

 

Khamis

 

7.30 am- 1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm -3.00pm

 

WP 2

 

Ahad – Rabu

 

8.00am -1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm – 5.00pm

 

 

Khamis

 

8.00 am- 1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm – 3.30 pm

 

 

WP 3

 

Ahad – Rabu

 

8.30 am –1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm – 5.30pm

 

 

 

Khamis

 

8.30am – 1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm – 4.00pm

 

 

  • Tatacara Temujanji Pesakit
    • Pelaksanaan temujanji secara berperingkat dijalankan di Unit Klinik

Pakar.

  1. Skop Perkhidmatan Pakar Atas Lawatan

Menerima kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan mengikut temujanji untuk pemeriksaan, siasatan makmal dan rawatan serta rujukan ke lain- lain institusi kesihatan. Pakar perubatan yang bertugas adalah dari Hospital Sultanah N