POLISI / DASAR OPERASI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
HOSPITAL SETIU
- PENGENALAN
Polisi dan Dasar Operasi ICT adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan dan tatacara dalam kegunaan kemudahan IT yang ada di Hospital Setiu.
Polisi dan Dasar Operasi ICT Hospital Setiu dicipta bagi mengimplementasi prosedur tertentu untuk memastikan pengawalan serta perlindungan terhadap perkhidmatan komputer, penyalahgunaan dan kepunyaan data yang tidak sah. Ianya diwujudkan bagi memastikan Keperluan Prosedur dan Aspek Keselamatan di kawalselia dengan baik tanpa menganggu hak‐hak pengguna yang lain.
Keselamatan ICT yang melibatkan pelbagai cabang dan topik yang perlu di patuhi termasuklah teknologi terkini, personel IT, kewangan, latihan, polisi, pengurusan risiko, proses dan pengukuran hendaklah dijalankan dengan tepat bagi melindungi dan mengawalselia sistem Informasi dan komunikasi kerajaan Malaysia yang digunakan dan ditempatkan di Hospital Setiu.
- OBJEKTIF
- Menyediakan dan memastikan kelancaran perjalanan sistem-sistem sedia ada, rangkaian dan peralatan ICT yang digunakan di Hospital Setiu
- Memastikan penyimpanan data yang teratur dan selamat
- FUNGSI
- Memastikan perjalanan sistem sedia ada agar berjalan dengan lancar
- Memastikan penyelenggaraan komputer dan rangkaian di Hospital Setiu berjalan dengan baik
- Memastikan keselamatan sistem sedia ada
- Memberi khidmat nasihat kepada kakitangan berkaitan dalam bidang ICT
- Memberi khidmat nasihat kepada Pengarah Hospital berkaitan dengan pembangunan dan perjalanan ICT di Hospital Setiu
- SKOP PERKHIDMATAN
- Memastikan perjalanan sistem-sistem sedia ada di Hospital Setiu agar berjalan dengan lancar.
- Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan, perisian dan rangkaian internet serta rangkaian MygovNet.
- Menerima aduan kerosakan yang melibatkan peralatan ICT, rangkaian dan sistem daripada unit-unit. Laporan akan dikemukakan terus kepada pihak BPM, KKM atau UNIT IT, JKNT atau pembekal yang bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah dan kerosakan yang memerlukan pembaikian oleh mereka.
- Memberikan khidmat nasihat kepada unit-unit dalam bidang berkaitan dengan ICT
- Menguruskan perolehan bekalan alat ganti kepada pengguna dan mendapatkan alat ganti daripada pihak pembekal, menyediakan spesifikasi teknikal dan justifikasi keperluan.
- Melaksanakan lain-lain tugasan pengurusan yang berkaitan dengan bidang ICT dari semasa ke semasa.
- ORGANISASI
Bahagian Teknologi Maklumat ditadbir oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah Hospital serta dibantu oleh seorang lagi JuruteknikKomputer (FT17)
- CARTA ORGANISASI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT