PERUTUSAN PENGARAH

Pengarah HS

                                                                                 

 

 

 

 
DR. W. MD. SHIHABUDIN
BIN WAN MAMAT
Pengarah

 Selamat datang ke Hospital Setiu, Terengganu. Hospital ini adalah salah satu hospital daerah yang moden dan lengkap bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk daerah Setiu serta menjadi rujukan bagi klinik-klinik yang terdapat di daerah ini. Hospital ini merupakan hospital yang baru beroperasi selama lebih kurang 10 tahun.

Namun begitu syukur alhamdulillah, Hospital Setiu berjaya mendapat pengiktirafan Persijilan MS ISO 9001:2008 pada Mei 2009 dan telah mendapat Persijilan Akreditasi. Hospital Setiu juga telah mendapat Persijilan Hospital Rakan Bayi pada 11 November 2011. Semua ini akan menjadi peniup semangat kepada semua anggota kami untuk melaksanakan kerja dengan lebih efisien dan lebih berdaya saing bagi melahirkan anggota Kementerian Kesihatan yang cemerlang dari segala aspek.

Kami akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada masyarakat di daerah ini dan memastikan taraf kesihatan masyarakat dapat ditingkatkan dan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan sejajar dengan maksud visi, misi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga visi, misi Hospital Setiu.