UNIT REKOD PERUBATAN

  1. 1.               LATARBELAKANG ORGANISASI/ UNIT

     

    • Pengenalan

    Unit ini terletak di aras bawah bangunan Blok Utama. Ianya bersebelahan dengan Unit Pengimejan Diagnostik, berhampiran Unit Kerja Sosial Perubatan dan juga Unit Hasil dan Pendaftaran Masuk Wad. Unit Rekod Perubatan adalah merupakan salah satu unit yang diletakkan di bawah Perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital. Unit ini telah berfungsi mulai 1 Januari 2004 bersamaan tarikh pembukaan Hospital Setiu.

    1.2. Visi Dan Misi

    1.2.1  Visi Hospital

    Hospital Setiu sebagai sebuah hospital cemerlang dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti secara berterusan.

     

    1.2.2 Visi Unit Rekod Perubatan

    Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai Pusat Rujukan Utama Maklumat dan Data Pesakit

    1.2.3 Misi Hospital

    Memberi perkhidmatan perubatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bermaklumat demi mencapai kepuasan pelanggan melalui budaya kerja penyayang, semangat kerja berpasukan dan nilai profesionalisma yang tinggi.

     

    1.2.4 Misi Unit Rekod Perubatan

    Hospital Setiu adalah komited dalam memberikan perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan “ Sistem Pengurusan Kualiti” bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

     

    1.3.        Objektif Umum

    Memastikan sistem pengurusan rekod perubatan pesakit berada ditahap yang terbaik dan sistematik

     

    1.4.        Objektif Khusus

    Menyediakan perkhidmatan penyimpanan rekod perubatan dan pengeluaran laporan perubatan yang bersistematik disamping menghasilkan maklumat dan data-data perangkaan yang tepat dan cepat.

     

    • Kenyataan Polisi
      • Polisi Unit Rekod Perubatan: Kenyataan spesifik mengenai hala tuju bagi memenuhi fungsi sesuatu jabatan/ unit.
      • Tujuan polisi diwujudkan: Sebagai panduan untuk mencapai objektif hospital dan unit merangkumi sumber manusia, pelanggan, teknologi, proses kerja dan struktur

    2.            STRUKTUR ORGANISASI/ UNIT

    2.1.        Piagam Pelanggan

    • Setiap pelanggan yang berurusan dengan unit rekod akan dilayan secara profesional, mesra dan
    • Memastikan Rekod Perubatan Pesakit Dalam dihantar dalam masa 72 jam atau 3 hari waktu bekerja selepas pesakit discaj. Laporan perubatan (biasa) yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap
    • Setiap pelanggan akan dilayan dalam masa 5
    • Setiap pinjaman rekod perubatan pesakit (case note) akan disediakan dalam masa 10 minit.
    • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah