- LATAR BELAKANG ORGANISASI / UNIT
Unit Radiologi terletak di aras satu berhadapan unit Kecemasan dan bersebelahan unit Rekod Perubatan. Mula beroperasi pada bulan Disember tahun 2003. Dikenali sebagai Unit Pengimejan Diagnostik dan kemudiannya ditukar kepada Unit Radiologi
- VISI & MISI.
- Visi menjadikan perkhidmatan terbaik dalam kualiti, integriti dan produktiviti ke arah kepuasan pelanggan serta menjadi sumber ilmu membina masyarakat sihat sejahtera.
- Misi mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran berterusan dengan tahap teknologi terkini serta inovasi ke arah ICT dan perkhidmatan kelas pertama.
- OBJEKTIF UMUM & KHUSUS.
- Memaksimumkan produktiviti dengan kualiti diagnostik optimum di samping meminimumkan dos radiasi kepada pesakit.
- KENYATAAN POLISI ( POLICY DOCUMENT STATEMENT ).
- Polisi ini menerangkan maklumat operasi unit Radiologi dan digunapakai untuk Hospital Setiu sahaja.
- STRUKTUR DAN ORGANISASI UNIT
- PIAGAM PELANGGAN.
- Unit ini berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti dalam aspek - aspek berikut :
- Pemeriksaan x-ray akan selesai dalam masa 60 minit bagi kes rutin biasa
- Penolakan filem yang tidak menepati standart kualiti adalah kurang 5 peratus daripada jumlah filem yang digunakan.
- CARTA ORGANISASI.
- Mempunyai 4 orang anggota terdiri daripada 3 orang Juru x-ray dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
- PIAGAM PELANGGAN.
- ASPEK ORGANISASI
- Pengurusan harian jabatan adalah di bawah tanggungjawab Juru x-ray kanan U32 dan dibantu oleh 2 Juru x-ray U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
- Juru x-ray U32 membuat kerja-kerja pengurusan dan klinikal seperti di bawah:
- PENGURUSAN
- Pengurusan Organisasi Dan Kewangan
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Aktiviti Kualiti Dan Keselamatan
- Pengurusan Polisi Dan Prosedur
- Pengurusan Aset Dan Fasiliti
- Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat
- PERKHIDMATAN KLINIKAL
- Pengurusan Kaunter Bagi Pemeriksaan Radiologi
- Pengurusan Laporan Pemeriksaan Radiologi
- Pemeriksaan Radiologi AM
- Pengurusan Pakar Lawatan
- Pemeriksaan Radiologi Khas
- Tinggal Atas Panggilan
- SKOP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
- Pengurusan Kaunter termasuklah pendaftaran borang permohonan pemeriksaan Radiologi ke dalam buku pendaftaran dan memasukkan semua butiran pesakit ke dalam sistem pemeriksaan termasuklah Sistem Pengurusan Rekod Pesakit ( SMRP).
- Unit ini menyediakan semua pemeriksaan radiologi am biasa tanpa kontras termasuk Pemeriksaan Radiologi am mudah gerak .
- Pemeriksaan Radiologi Khas. Semua pemeriksaan dijalankan secara temujanji di Hospital rujukan. Pemeriksaan termasuklah Mamogram, Fluoroskopi, CT Scan, MRI.
- Laporan ( Filem Reporting ) turut disediakan. Laporan yang biasa akan dibuat oleh Pakar Lawatan semasa lawatan mengikut jadual tersedia, manakala yang memerlukan temujanji segera akan dihantar ke Hospital rujukan.
- Pemeriksaan Ultrasound oleh Pakar lawatan dijalankan sekali setiap bulan secara sistem
- Juru x-ray menjalankan tugas-tugas on call (Tinggal atas panggilan ) mengikut jadual tersedia selepas waktu pejabat.
- Mengganti tugas di Klinik Kesihatan seperti arahan.
- PENGURUSAN
- MASA OPERASI
- Beroperasi dalam waktu pejabat secara berperingkat dan selepas waktu pejabat, akan tinggal atas panggilan.
- Juru x-ray yang tinggal atas panggilan (on call) akan bertugas mengikut jadual giliran yang disedia oleh ketua Juru x-ray.
- Waktu operasi adalah seperti berikut:-
- Ahad hingga rabu: 7.30 pagi – 6.00 petang
- Khamis : 7.30 pagi – 4.30 petang