UNIT KEJURURAWATAN

1.LATAR BELAKANG ORGANISASI / UNIT

1.1 PENGENALAN.

Unit  ini mula beroperasi sejak 2003 iaitu sama dengan tarikh mula hospital ini mula beroperasi.Dengan adanya unit ini  segala aktiviti menyelaras, merancang, melaksana dan memantau pengurusan perkhidmatan organisasi kejururawatan Hospital Setiu adalah dikawalselia unit ini Selain dari itu unit ini juga memantau pengurusan sumber manusia (Kejururawatan).Aktiviti latihan terutamanya untuk unit kejururawatan(Latihan dalam Perkhidmatan adalah dibawah kawalselia unit kejururawatan. Penyelia Jururawat juga bertanggungjawab menyelaras, memantau dan melapor  pengurusan penempatan Pelatih IPTA dan IPTS serta penempatan latihan sangkutan dalam bidang klinikal kejururawatan.Pada keseluruhannya segala aktiviti yang diadakan berkaitan dengan anggota kejururawatan adalah dibawah penyeliaan  Penyelia Jururawat.

 

1.2 VISI DAN MISI

Menjadikan kejururawatan satu pasukan yang profesional dan efision dengan mencerminkan sikap penyayang disamping mengalakkan kesihatan kendiri dan penglibatan komuniti kearah peningkatan kualiti.

MISI

Memberi perkhidmatan kesihatan rawatan dan perawatan yang berkualiti,selamat,dan berterusan demi mencapai kesihatan yang optima.

  

1.3 OBJEKTIF UMUM DAN KHUSUS

Bagi melaksanakan tugas-tugas perawatan yang bermutu tinggi cekap dan berkesan berpandukan dasar kejururawatan ,perawatan dan prosedur yang ditetapkan.

  

1.4 KENYATAAN POLISI ( POLISI DOCUMENT  STATEMENT)

Menyelaras Perlaksanaan kefahaman, Kepatuhan dan Keberkesanan Polisi dan Prosedur, Garis panduan, Pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kejururawatan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Hospital Setiu.  

Menyelaras, Merancang, Melaksana dan Memantau Program Keselamatan dan penambahbaikkan aktiviti kualiti kejururawatan termasuk pemantauan pencapaian Performance Improvement dan KPI Unit Kejururawatan

Memastikan jagaan dan rawatan yang diberikan oleh jururawat adalah mengikut standard yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan pelanggan (SOP)

  

2.STRUKTUR ORGANISASI /UNIT

 

2.1  PIAGAM PELANGGAN 

Unit Kejururawatan Hospital Setiu, akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji memastikan setiap pelanggan (anggota kejururawatan) berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan seperti ketetapan berikut:-  

  1. Sijil Amalan Tahunan : 100% jururawat akan menerima APC untuk tahun berikutnya, selewat-lewatnya 15 Disember pada tahun 
  1. Program orientasi : 90% jururawat yang melapor diri ke Unit ini akan diberikan orientasi selewat-lewatnya  2 minggu dari tarikh lapor 
  1. Latihan jangka pendek dalam perkhidmatan : 90% Jururawat akan berpeluang mengikut latihan jangka pendek dalam perkhidmatan sekurang – kurangnya  5  hari dalam 

 

CARTA ORGANISASI UNIT KEJURURAWATAN HOSPITAL SETIU

JU 32 (KUP)

                                   
     
 
                   
                   
 
 

 

 

 

 

 

 

                                                                                                                                                                                                                                                                                           

         

                                 
     
             
     
 
         
 
 
     
       
 
 
 
     
 

 

  

2.3  ASPEK- ASPEK ORGANISASI .

Unit kejururawatan Hospital Setiu terdiri dari ;

BIL

JAWATAN

JUMLAH

CATATAN

1

Penyelia Jururawat u36

2 Orang

 

2

Ketua Jururawat

10 Orang

 

3

Jururawat

70 Orang

Jururawat u29                    -21 Orang

Jururawat u32KUP/TBK                  -49 Orang

4

Jururawat Masyarakat

33 Orang

Jururawat Masyarakat u24 Hakiki -2 Orang

Jururawat Masyarakat u24 KUP -23 Orang

Jururawat Masyarakat u19  -8 Orang

 

JUMLAH

115 Orang

                         

      Hospital ini mempunyai 3 buah Wad yang beroperasi setiap hari (24jam) anggota kejururawatan yang ditempatkan diwad-wad terdiri dari Ketua Jururawat,Jururawat dan Jururawat Masyarakat.Jadual operasi atau Jadual Tugas disediakan oleh Wad Mannager atau Ketua Jururawat.

Bagi Unit-Unit pula seperti Unit Dewan Bersalin,Unit Dewan Bedah,Unit Kecemasan,Unit Hemodialisis,Unit sucihama, unit kualiti  dan Klinik  Pakar                                                 penempatan Ketua Jururawat,Jururawat dan Jururawat Masyarakat juga diatur oleh Penyelia Jururawat.Anggota kejururawatan bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.