PENGENALAN
Pendahuluan
Polisi ini disediakan sebagai panduan dan rujukan utama perkhidmatan kerja sosial perubatan di Hospital Setiu, Terengganu. Polisi ini dapat membantu kakitangan dan individu yang berkaitan dalam memahami fungsi dan peranan perkhidmatan kerja sosial perubatan di Hospital.
Tujuan utama penubuhan Unit Kerja Sosial Perubatan adalah untuk memberikan bantuan praktikal dan terapi sokongan kepada klien iaitu pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini agar mereka dapat berfungsi sebaik mungkin apabila kembali semula kepada masyarakat.
Unit ini terletak di aras satu bangunan blok utama bersebelahan dengan Unit Pengimejan Diagnostik.
Visi & Misi
Visi
Memastikan keperluan psikososial pesakit,keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
Misi
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
Objektif
Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan. rawatan dan pemulihan
Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
- STRUKTUR ORGANISASI
2.1 Piagam Pelanggan
2.1.1 Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama,umur, jantina dan taraf sosioeknomi.
2.1.2 Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
2.1.3 Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di Hospital Setiu dan Klinik Kesihatan. Perkhidmatan ini merangkumi:
Pengurusan Bantuan Praktik
- Bantuan Kewangan (peralatan/ubatan/rawatan/am)
- Penempatan institusi
- Mengesan waris
Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
- Khidmat perundingan
- Sokongan Emosi
- Intervensi Krisis
Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya :
- Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak
- Ibu Tanpa Nikah
- Jenayah Seksual
- Keganasan Rumahtangga
- Pesakit akut dan kronik
- Orang Kurang Upaya
- HIV Positif/Aids