- Latarbelakang organisasi/ unit
- Pengenalan
Dewan bersalin Hospital Setiu mula dibuka pada orang awam pada tahun 2004. Ia menawarkan perkhidmatan pada ibu mengandung seawal usia kandungan 22 minggu POA (period of amanorea) dan ibu bersalin samaada kes ginekologi, medikal atau pun surgikal yang memerlukan rawatan lanjutan.
Terletak di blok utama di belakang Unit Kecemasan dan bersebelahan dengan Dewan Bedah dan Unit Hemodialisis. Boleh berhubung terus dengan wad Multidisplin perempuan , wad kanak-kanak dan Ante Natal Post Natal di aras dua. Terdapat 4 katil untuk menyambut kelahiran dan 2 katil untuk saringan awal kedatangan kes.
- Visi & Misi
Visi
Hospital Setiu Sebagai Sebuah Hospital Cemerlang Dan Mampu Menyediakan Perkhidmatan Berkualiti Secara Berterusan
Misi
Memberi Perkhidmatan Perubatan Yang Terbaik Dengan Menggunakan Teknologi Terkini Bagi Mewujudkan Masyarakat Yang Sihat Dan Bermaklumat Demi Mencapai Kepuasan Pelanggan Melalui Budaya Kerja Penyayang, Semangat Kerja Berpasukan Dan Nilai Profesionalisma Yang Tinggi
- Objektif Umum
- Melahirkan bayi yang hidup dan selamat untuk mengurangkan mortaliti dan morbiliti.
- Menyediakan perawatan dan pemulihan yang efektif dan efisien kepada ibu-ibu antenatal dan postnatal
- Menyediakan persekitaran unit yang selesa, dan selamat kepada pesakit dan anggota. Serta dapat menyediakan kakitangan yang cukup dalam melaksanakan tugas.
- Kenyataan Polisi (Policy Document Statement)
Hospital Setiu adalah komited dalam memberikan perkhidmatan, perawatan pesakit yang bertkualiti dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan “Sistem pengurusan kualiti” bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
- Struktur Organisasi/Unit
- Piagam pelanggan
- Setiap pesakit / pelanggan akan diberi perkhidmatan yang berkualiti
- Semua pesakit / pelanggan akan dilayan dengan hormat, sopan dan bertanggungjawab tanpa mengira taraf, sosial ekonomi, keturunan, bangsa dan agama.
- Segala maklumat mengenai pesakit / pelanggan serta pemeriksaan yang dijalankan akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak yang berkenaan dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang.
- Setiap pesakit / pelanggan berhak mendapat maklumat mengenai pemeriksaan atau prosedur yang dijalankan dan risiko yang mungkin dihadapi.
- Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit / pelanggan adalah berkewajipan untuk:-
- Mematuhi peraturan Jabatan menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab.
- Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan di rujuk ke hospital lain yang sesuai.
2.2 Carta organisasi
CARTA ORGANISASI UNIT DEWAN BERSALIN HOSPITAL SETIU
- Skop perkhidmatan yang disediakan & jawatankuasa yang disediakan
i.Memberi perkhidmatan ,pemeriksaan diagnose rawatan kepada ibu mengandung 22 minggu POA kehamilan, ibu bersalin dan membuat rujukan ke Hospital berpakar.
ii Mengendalikan kelahiran selamat serta penjagaan ibu selepas
bersalin dan bayi yang baru lahir
iii Beroperasi 24 jam.
iv Memberi imunisasi bayi yang baru lahir
- Menyediakan persekitaran wad sebagai hospital rakan bayi yang
mengggalakan penyusuan susu ibu sahaja dan mengamalkan
polisi mesra ibu.
- Memberi ceramah dan pendidikan kesihatan berkaitan penyusuan
Susu ibu,penjagaan luka perineum.merancang keluarga dan
penjagaan bayi baru l;ahir.
vii.Mendapatkan perkhidmatan pegawai pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital berpakar.
2.5 Masa operasi 24 jam sehari.
Terbahagi kepada 3 shift
|
Bil |
Shift |
Waktu |
|
1 |
Pagi |
7.00 pagi-2.00 petang |
|
2 |
Petang |
2.00 petang-9.00 malam |
|
3 |
Malam |
9.00 malam -7.00 pagi. |
Anggota yang bertugas malam akan diberi kelepasan malam dan hari
kelepasan, jadual operasi akan diatur oleh Ketua Jururawat Dewan
Bersalin.