UNIT PENYELIAAN

POLISI UNIT PENYELIAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

 

  1. PENGENALAN 

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen

Pengurusan Sumber Manusia di dalam penjagaan kesihatan pesakit di Hospital Setiu. Unit ini berperanan dan memastikan mutu perkhidmatan yang memuaskan dan efisyen di kalangan anggota kerja dibawah jagaanya melibatkan PPP dan PPK serta Pemandu kenderaan. 

 

OBJEKTIF 

OBJEKTIF UMUM 

Memastikan semua perkhidmatan di bawah Unit Penyeliaan Penolong

Pegawai Perubatan berjalan lancar dan berkesan.

 

OBJEKTIF KHUSUS 

Memastikan semua perkhidmatan sumber manusia di bawah Unit Penyeliaan Penolong

Pegawai Perubatan berjalan dengan efiesen, kemaskini dan berkualiti. 

  1. Untuk menyediakan perkhidmatan sumber manusia ( PPP, PPK dan

Pemandu kenderaan) dapat melaksanakan tugas dengan baik, efiesen dan berkualiti

sepanjang masa.

  1. Berusaha ke arah meningkatkan pencapaian nilai-nilai korporat KKM didalam

perkhidmatan di  Unit / Wad pada keseluruhannya.

  1. Berusaha di dalam memenuhi kepuasan perkhidmatan kepada semua pelanggan.
  2. Memastikan proses peningkatan pengetahuan, kemahiran serta sikap jatidiri di semua

peringkat Unit / Wad di Hospital Setiu.

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

 

POLISI /  DASAR OPERASI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

  1. PENGENALAN

Polisi dan Dasar Operasi ICT adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan dan tatacara dalam kegunaan kemudahan IT yang ada di Hospital Setiu.

 

Polisi dan Dasar Operasi ICT Hospital Setiu dicipta bagi mengimplementasi prosedur tertentu untuk memastikan pengawalan serta perlindungan terhadap perkhidmatan komputer, penyalahgunaan dan kepunyaan data yang tidak sah. Ianya diwujudkan bagi memastikan Keperluan Prosedur dan Aspek Keselamatan di kawalselia dengan baik tanpa menganggu hak‐hak pengguna yang lain.

 

Keselamatan ICT yang melibatkan pelbagai cabang dan topik yang perlu di patuhi termasuklah teknologi terkini, personel IT, kewangan, latihan, polisi, pengurusan risiko, proses dan pengukuran hendaklah dijalankan dengan tepat bagi melindungi dan mengawalselia sistem Informasi dan komunikasi kerajaan Malaysia yang digunakan dan ditempatkan di Hospital Setiu.

 

  1. OBJEKTIF
    • Menyediakan dan memastikan kelancaran perjalanan sistem-sistem sedia ada, rangkaian dan peralatan ICT yang digunakan di Hospital Setiu
    • Memastikan penyimpanan data yang teratur dan selamat

 

  1. FUNGSI
    • Memastikan perjalanan sistem sedia ada agar berjalan dengan lancar
    • Memastikan penyelenggaraan komputer dan rangkaian di Hospital Setiu berjalan dengan baik
    • Memastikan keselamatan sistem sedia ada
    • Memberi khidmat nasihat kepada kakitangan berkaitan dalam bidang ICT
    • Memberi khidmat nasihat kepada Pengarah Hospital berkaitan dengan pembangunan dan perjalanan ICT di Hospital Setiu

 

  1. SKOP PERKHIDMATAN
    • Memastikan perjalanan sistem-sistem sedia ada di Hospital Setiu agar berjalan dengan lancar.
    • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan, perisian dan rangkaian internet serta rangkaian MygovNet.
    • Menerima aduan kerosakan yang melibatkan peralatan ICT, rangkaian dan sistem daripada unit-unit. Laporan akan dikemukakan terus kepada pihak BPM, KKM atau UNIT IT, JKNT atau pembekal yang bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah dan kerosakan yang memerlukan pembaikian oleh mereka.
    • Memberikan khidmat nasihat kepada unit-unit dalam bidang berkaitan dengan ICT
    • Menguruskan perolehan bekalan alat ganti kepada pengguna dan mendapatkan alat ganti daripada pihak pembekal, menyediakan spesifikasi teknikal dan justifikasi keperluan.
    • Melaksanakan lain-lain tugasan pengurusan yang berkaitan dengan bidang ICT dari semasa ke semasa.

 

  1. ORGANISASI

Bahagian Teknologi Maklumat ditadbir oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah Hospital serta dibantu oleh seorang lagi JuruteknikKomputer (FT17)

 

 

 

UNIT KEJURURAWATAN

1.LATAR BELAKANG ORGANISASI / UNIT

1.1 PENGENALAN.

Unit  ini mula beroperasi sejak 2003 iaitu sama dengan tarikh mula hospital ini mula beroperasi.Dengan adanya unit ini  segala aktiviti menyelaras, merancang, melaksana dan memantau pengurusan perkhidmatan organisasi kejururawatan Hospital Setiu adalah dikawalselia unit ini Selain dari itu unit ini juga memantau pengurusan sumber manusia (Kejururawatan).Aktiviti latihan terutamanya untuk unit kejururawatan(Latihan dalam Perkhidmatan adalah dibawah kawalselia unit kejururawatan. Penyelia Jururawat juga bertanggungjawab menyelaras, memantau dan melapor  pengurusan penempatan Pelatih IPTA dan IPTS serta penempatan latihan sangkutan dalam bidang klinikal kejururawatan.Pada keseluruhannya segala aktiviti yang diadakan berkaitan dengan anggota kejururawatan adalah dibawah penyeliaan  Penyelia Jururawat.

 

1.2 VISI DAN MISI

Menjadikan kejururawatan satu pasukan yang profesional dan efision dengan mencerminkan sikap penyayang disamping mengalakkan kesihatan kendiri dan penglibatan komuniti kearah peningkatan kualiti.

MISI

Memberi perkhidmatan kesihatan rawatan dan perawatan yang berkualiti,selamat,dan berterusan demi mencapai kesihatan yang optima.

  

1.3 OBJEKTIF UMUM DAN KHUSUS

Bagi melaksanakan tugas-tugas perawatan yang bermutu tinggi cekap dan berkesan berpandukan dasar kejururawatan ,perawatan dan prosedur yang ditetapkan.

  

1.4 KENYATAAN POLISI ( POLISI DOCUMENT  STATEMENT)

Menyelaras Perlaksanaan kefahaman, Kepatuhan dan Keberkesanan Polisi dan Prosedur, Garis panduan, Pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kejururawatan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Hospital Setiu.  

Menyelaras, Merancang, Melaksana dan Memantau Program Keselamatan dan penambahbaikkan aktiviti kualiti kejururawatan termasuk pemantauan pencapaian Performance Improvement dan KPI Unit Kejururawatan

Memastikan jagaan dan rawatan yang diberikan oleh jururawat adalah mengikut standard yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan pelanggan (SOP)

  

2.STRUKTUR ORGANISASI /UNIT

 

2.1  PIAGAM PELANGGAN 

Unit Kejururawatan Hospital Setiu, akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji memastikan setiap pelanggan (anggota kejururawatan) berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan seperti ketetapan berikut:-  

  1. Sijil Amalan Tahunan : 100% jururawat akan menerima APC untuk tahun berikutnya, selewat-lewatnya 15 Disember pada tahun 
  1. Program orientasi : 90% jururawat yang melapor diri ke Unit ini akan diberikan orientasi selewat-lewatnya  2 minggu dari tarikh lapor 
  1. Latihan jangka pendek dalam perkhidmatan : 90% Jururawat akan berpeluang mengikut latihan jangka pendek dalam perkhidmatan sekurang – kurangnya  5  hari dalam 

 

CARTA ORGANISASI UNIT KEJURURAWATAN HOSPITAL SETIU

JU 32 (KUP)

                                   
     
 
                   
                   
 
 

 

 

 

 

 

 

                                                                                                                                                                                                                                                                                           

         

                                 
     
             
     
 
         
 
 
     
       
 
 
 
     
 

 

  

2.3  ASPEK- ASPEK ORGANISASI .

Unit kejururawatan Hospital Setiu terdiri dari ;

BIL

JAWATAN

JUMLAH

CATATAN

1

Penyelia Jururawat u36

2 Orang

 

2

Ketua Jururawat

10 Orang

 

3

Jururawat

70 Orang

Jururawat u29                    -21 Orang

Jururawat u32KUP/TBK                  -49 Orang

4

Jururawat Masyarakat

33 Orang

Jururawat Masyarakat u24 Hakiki -2 Orang

Jururawat Masyarakat u24 KUP -23 Orang

Jururawat Masyarakat u19  -8 Orang

 

JUMLAH

115 Orang

                         

      Hospital ini mempunyai 3 buah Wad yang beroperasi setiap hari (24jam) anggota kejururawatan yang ditempatkan diwad-wad terdiri dari Ketua Jururawat,Jururawat dan Jururawat Masyarakat.Jadual operasi atau Jadual Tugas disediakan oleh Wad Mannager atau Ketua Jururawat.

Bagi Unit-Unit pula seperti Unit Dewan Bersalin,Unit Dewan Bedah,Unit Kecemasan,Unit Hemodialisis,Unit sucihama, unit kualiti  dan Klinik  Pakar                                                 penempatan Ketua Jururawat,Jururawat dan Jururawat Masyarakat juga diatur oleh Penyelia Jururawat.Anggota kejururawatan bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.

UNIT KERJA SOSIAL DAN PERUBATAN

PENGENALAN

Pendahuluan           

Polisi ini disediakan sebagai panduan dan rujukan utama perkhidmatan kerja sosial perubatan di Hospital Setiu, Terengganu. Polisi ini dapat   membantu kakitangan dan individu yang berkaitan dalam memahami fungsi dan peranan perkhidmatan kerja sosial perubatan di Hospital. 

Tujuan utama penubuhan Unit Kerja Sosial Perubatan adalah untuk memberikan bantuan praktikal dan terapi sokongan kepada klien iaitu pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini agar mereka dapat  berfungsi sebaik mungkin apabila kembali semula kepada masyarakat.

Unit ini terletak di aras satu bangunan blok utama bersebelahan dengan   Unit Pengimejan Diagnostik.

       Visi & Misi

    Visi

 Memastikan keperluan psikososial pesakit,keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

     Misi

Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

  Objektif

    Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan. rawatan dan pemulihan

   Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.

  Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

         

  1. STRUKTUR ORGANISASI

            2.1       Piagam Pelanggan

            2.1.1   Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama,umur, jantina dan taraf sosioeknomi.

            2.1.2   Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.

            2.1.3   Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan  adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.

SKOP PERKHIDMATAN 

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam        dan pesakit luar di Hospital Setiu dan Klinik Kesihatan. Perkhidmatan ini merangkumi: 

  Pengurusan Bantuan Praktik

  1. Bantuan Kewangan (peralatan/ubatan/rawatan/am)
  2. Penempatan institusi
  3. Mengesan waris 

 Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan

  1. Khidmat perundingan
  2. Sokongan Emosi
  3. Intervensi Krisis 

 Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya : 

  1. Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak
  2. Ibu Tanpa Nikah
  3. Jenayah Seksual
  4. Keganasan Rumahtangga
  5. Pesakit akut dan kronik
  6. Orang Kurang Upaya
  7. HIV Positif/Aids

 

 

UNIT REHABILITASI

  1. LATARBELAKANG ORGANISASI/ UNIT
    • Pengenalan
      • Unit Rehabilitasi Hospital Setiu telah beroperasi sejak Mei 2005. Unit ini menawarkan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja dan Pemulihan Perubatan. Anggota yang berperanan sebagai agen pemulihan yang holistic kepada pesakit yang memerlukan. Skop perkhidmatan adalah terdiri dari Pesakit Luar dan Pesakit Dalam.
    • Visi
      • Visi Perkhidmatan Pemulihan Carakerja
        • Menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang bersistematik bertaraf antarabangsa dan mudah diperolehi di setiap peringkat sistem penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan.
      • Visi Perkhidmatan Fisioterapi
        • Menyampaikan Perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah  meningkatkan kualiti hidup.
      • Misi
        • Misi Perkhidmatan Pemulihan Carakerja
          • Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence  based practice.
        • Misi Perkhidmatan Fisioterapi
          • Komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan cost-effective serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat.
          • Melahirkan tenaga kerja profesional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan piawaian kebangsaan antarabangsa.
        • Objektif
          • Perkhidmatan Pemulihan Carakerja
            • Untuk memastikan pelanggan dapat Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang selamat, tepat dan berkesan.
            • Untuk menyediakan satu garis panduan bagi menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja pada tahap optimum melalui kerjasama Ahli Kumpulan Perawatan Multidiplinary Team – MDT ke arah penjagaan pesakit secara menyeluruh.
            • Untuk memastikan Pegawai Pemulihan / Jurupulih Carakerja sentiasa kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran dengan mengikuti program  pembelajaran berterusan.
          • Perkhidmatan Fisioterapi
            • Menyediakan fasiliti, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi.
            • Memberi Perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif dan cekap dengan melahirkan anggota Fisioterapi yang professional,           berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence-          based practise (EBP) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai          
            • Memberi perkhidmatan yang berkesan berasaskan EBP
            • Menggalakkan pembabitan pesakit, keluarga atau waris dalam proses rawatannya melalui pendidikan kesihatan.
            • Memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan menerapkan nilai -nilai murni selaras dengan Budaya Korporat KKM.