- PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Dewan Bedah Hospital Setiu terletak di aras dua bersebelahan dengan Dewan Bersalin dan Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU). Di belakangnya pula terdapat Unit Hemodialisis. Dewan Bedah Hospital Setiu mempunyai 1 bilik bedah, ruang pemulihan (recovery bay) dan ruang menunggu (waiting bay) sebelum pesakit masuk ke bilik bedah.
Unit Dewan Bedah mula wujud bersama bangunan Hospital Setiu pada 07 Disember 2003, namun tidak dapat beroperasi seperti yang dicadangkan. Selepas menjalani beberapa sesi pembaikan bumbung dan pemeriksaan suhu dan humiditi mencapai tahap normal, barulah Dewan Bedah Hospital Setiu mula beroperasi sepenuhnya, iaitu pada September 2013.
Dewan Bedah Hospital Setiu mula beroperasi sepenuhnya dengan kelengkapan yang sedia ada serta laluan traffic yang memenuhi kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Unit ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Sekiranya pembedahan berlanjutan selepas waktu pejabat, kakitangan Dewan Bedah akan bekerja sehingga kes pembedahan selesai.
Fungsi utama Dewan Bedah adalah untuk memberi perkhidmatan pembiusan dan pembedahan yang selamat kepada semua pesakit yang menjalani pembedahan. Pembedahan dengan bantuan kepakaran dari Pakar Bedah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) secara lawatan.
Unit ini merupakan Non lead Hospital iaitu hospital tambahan (extension hospital) dari Lead Hospital (HSNZ,Kuala Terengganu) dalam menyediakan perkhidmatan pembedahan dan pembiusan.
1.2 Visi dan Misi
Visi – Menjadikan dewan bedah sebagai satu unit yang cemerlang
Misi - Bekerja secara berpasukan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit dan pelanggan.
1.3 Objektif
1.3.1 Objektif Umum
Memberi perkhidmatan pembedahan dan pembiusan yang selamat mengikut Standard of Procedure.
1.3.2 Objektif Khusus
(i) Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam
suasana yang bersesuaian untuk menjalankan pembedahan
dan prosedur diagnostik samada elektif kepada pesakit supaya
dapat mengurangkan kesakitan, mengelakkan komplikasi dan
menyelamatkan nyawa serta mendapat pemulihan awal.
(ii) Mempertingkatkan dan mengekalkan serta menjamin taraf
perawatan pesakit yang bermutu tinggi pada setiap masa
1.4 Kenyataan Polisi
1.4.1 Jadual penggunaan Dewan Bedah ditetapkan oleh Komiti Dewan Bedah.
1.4.2 Salinan Senarai Pembedahan elektif akan disediakan oleh unit Klinik Pakar dan perlu dihantar ke Dewan Bedah sehari sebelum hari pembedahan selewatnya pada pukul 12 tengah hari.
1.4.3 Semua pesakit perlu di bawa ke Dewan Bedah dan diserahkan kepada kakitangan Dewan Bedah di ruang penerimaan pesakit. Penjaga dibenarkan menemani kanak kanak yang berumur 6 tahun ke bawah atau dalam keadaan tertentu seperti pesakit Sindrom Down.
1.4.4 Buku panduan polisi dan prosedur ini dihasilkan sebagai garis panduan
dalam mengendalikan kes-kes untuk pembedahan mengikut senarai semak dalam ‘Safe Surgery Saves Lives’ (SSSL). Dalam senarai semak SSSL ianya mangandungi 4 komponen iaitu:
- Pre- Transfer Check List
- Operating Team Check List
- Swab Count Form
- Post-Operative Transfer Check List.
1.4.5 Semua anggota mesti mematuhi polisi ini supaya kualiti perkhidmatan
dapat dipertingkatkan dan keselamatan pesakit terjamin serta
Mengurangkan aduan daripada orang awam.
1.4.6 Mewujudkan perkhidmatan pembedahan yang cekap dan berkualiti seiring dengan kepakaran anggota bagi memastikan keberkesanan pembedahan dan tidak berlaku komplikasi agar pesakit dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sihat dan sejahtera
1.4.7 Pengawalan jangkitan amat diperlukan semasa berada di bilik bedah dengan mematuhi polisi dan prosedur kawalan jangkitan yang telah ditetapkan.
1.4.8 Sebarang pembatalan pembedahan mestilah diberitahu kepada unit yang berkaitan dan dituliskan didalam “buku pembatalan” untuk statistik pembatalan kes setiap bulan.
1.4.9 Semua pesakit mestilah telah pulih dari anesthesia dengan tahap yang memuaskan dan berkeadan stabil sebelum dihantar keluar dari Dewan Bedah.
1.4.10 Dewan Bedah perlu mendapatkan bekalan steril dari Unit Bekalan Steril (CSSU).
1.4.11 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa kedalam Dewan Bedah kecuali di bilik rehat/ makan sahaja.
1.4.12 Pintu kecemasan hanya untuk kegunaan semasa kebakaran sahaja dan tidak boleh diletakkan sebarang halangan dihadapan pintu tersebut.
1.4.13 Peraturan ke atas kebersihan, pensterilan dan pemusnahan kuman
adalah mengikut garis panduan dari “Policies and Procedures on
Control 2nd edition ”2010 dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Peraturan tersebut mestilah dipatuhi.
1.4.14 Pemantauan “Air Sampling” bagi sistem pengudaraan Dewan Bedah dilakukan setiap tahun selepas rutin pengelenggaraan (maintainance) atau selepas “Major Repair”.
1.4.15 Ujian ATTEST dilakukan seminggu sekali dan Bowie Dick dilakukan setiap hari ke atas portable autoclave bagi memastikan keberkesanan autoclave tersebut.
- STRUKTUR ORGANISASI
2.1 Piagam Pelanggan
2.1.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan hormat, sopan dan penuh
tanggungjawab.
2.1.2 Setiap pelanggan berhak medapat maklumat mengenai pembiusan dan pembedahan yang dijalankan.
2.1.3 Setiap pelanggan mempunyai hak untuk menerima perkhidmatan pembedahan dan pembiusan yang selamat.
2.1.4 Setiap pelanggan tidak akan mendapat wrong surgeries di dalam prosedur pembedahan.
2.1.5 Setiap pelanggan tidak akan mendapat unintended retained foreign body di dalam pembedahan.
2.2 Carta Organisasi
2.2.1 Dewan Bedah Am di ketuai oleh dua orang pegawai perubatan (Pembedahan dan Pembiusan)
2.2.2 Ketua Jururawat U32 adalah pegawai yang menjaga Dewan Bedah.
2.2.3 Carta Organisasi adalah seperti berikut:-
PENGARAH HOSPITAL SETIU
Ketua Jabatan Dewan Bedah
Ketua Jururawat U32
Jururawat U32/U29 / Penolong Pegawai Perubatan U29
Pembantu Perawat Kesihatan U11
2.3 Aspek-aspek Organisasi
2.3.1 Pakar Pembedahan dan Pakar Pembiusan yang terlibat dalam pembedahan di Dewan Bedah Hospital Setiu merupakan pakar lawatan daripada HSNZ.
2.3.2 Seorang Pegawai Perubatan yang bertugas dalam menjaga pembedahan dan membantu semasa pembedahan dijalankan.
2.3.3 Seorang Pegawai Perubatan yang bertugas dalam menjaga pembiusan
2.3.4 Ketua Jururawat U32 akan bertanggungjawab dalam pengurusan Dewan Bedah dan terhadap Penylia Jururawat Y/M serta semua anggota di bawah seliaan.
2.3.5 Seorang Penolong Pegawai Perubatan bertugas menguruskan dan melakukan kalibrasi alatan terutamanya yang melibatkan pembiusan seperti mesin pembiusan dan alatan monitoring.
2.3.6 Enam orang jururawat di bahagikan kepada dua team iaitu tiga orang sebagai Scrub Nurse dan tiga orang sebagai GA Nurse.
2.3.6 Scrub Nurse adalah jururawat terlatih yang membantu dalam pembedahan dan bertanggungjawab untuk memastikan teknik aseptic dijalankan dengan betul sepanjang pembedahan dijalankan.
(i) Scrub Nurse Kedua adalah tambahan kakitangan yang beroperasi dalam lingkungan steril bagi tujuan membantu tatacara pembedahan yang lebih kompleks.
(ii) Circulator Nurse adalah kakitangan dalam lingkungan tidak steril dan mengawal suasana disamping membantu membekalkan bekalan keperluan dan integrasi.
2.3.7 Anaesthetic Nurse adalah jururawat yang menyediakan alatan pembiusan dan membantu anggota dibahagian pembiusan.Jururawat ini juga membantu dalam Pembiusan Regional.
(i) Clinic Anaesthetic Nurse adalah kakitangan yang membantu dan menguruskan perjalanan Klinik Bius sehingga pemeriksaan oleh Doktor Bius selesai.
2.3.8 Recovery Nurse adalah jururawat yang akan menjaga dan melakukan pemerhatian yang berterusan di Ruang Pemulihan sebelum pesakit discaj ke wad atau unit yang berkenaan.
2.3.8 Counter Nurse adalah jururawat yang bertugas di kaunter dan bertanggungjawab untuk memanggil dan menerima pesakit ke Dewan Bedah serta memastikan kesahihan pesakit. Counter Nurse juga memastikan data pesakit direkod dalam Buku Pendaftaran dan buku – buku yang berkaitan. Jururawat ini juga bertindak untuk menghubungi unit – unit lain bila diperlukan.
2.3.9 Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan untuk menguruskan proses penghantaran dan pengangkutan yang berkaitan dengan Dewan Bedah, menjaga kebersihan dan penyediaan peralatan serta membantu dalam perawatan pesakit.
2.4 Skop Perkhidmatan
2.4.1 Menyediakan kemudahan perkhidmatan untuk pembedahan dan prosedur diagnostik kepada pesakit.
2.4.2 Memberi perkhidmatan pembiusan kepada pesakit sama ada pembiusan penuh (General Anaesthesia), atau separa (Regional Anaesthesia) dan juga setempat (Local Anaesthesia).
2.4.3 Bilik pembedahan beroperasi untuk kes elektif dari pukul 8 pagi hingga pukul 5.00 petang.
2.4.4 Dewan bedah menyediakan perkhidmatan pembedahan atau prosedur dignostik untuk kes Obstetrik & Ginekologi, Pembedahan Am, Ortopedik, ORL, Opthalmology, Pembedahan Plastik dan Paed Surgery.
2.5 Masa Operasi
2.5.1 Unit ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Sekiranya pembedahan berlanjutan selepas waktu pejabat, kakitangan Dewan Bedah akan bekerja sehingga kes pembedahan selesai.