CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI

PENGARAH TERDAHULU

 

Terima kasih

Sekalung Penghargaan

 
Bil Nama Pengarah Tempoh
1  Dr. Hj. Abd. Rashid bin Che Ali 01.05.2003 – 01.01.2006
2  Dr. Bkhari@Bukhari bin Hashim 02.04.2006 – 30.09.2006
3  Dr. Hj. Asari bin Abdullah 01.10.2006 – 14.04.2007
4  Dr. Faidzah binti Hassan 15.04.2007 – 15.12.2009
5  Dr. Norzilawati binti Endut 16.12.2009 – 16.04.2010
6  Dr. Asmaliza binti Abdul Rahman 19.04.2010 – 01.04.2012
7  Dr. Saifur Rahman bin Muhammad 02.04.2012 – 04.03.2013
8  Dr. Mohd Faizal bin Abdullah 06.03.2013 – 13.05.2015
9 Dr. Mastural binti Mohamed 14.05.2015 – 12.03.2020
9 Dr. Abdullah bin Ali 13.03.2021 – 18.03.2021
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

PIAGAM PELANGGAN

Perkhidmatan secara profesional

 
  • Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
  • Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan & Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :
  1. Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta
  2. Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15minit
  3. Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit
  • Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit
  • Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan

VISI MISI OBJEKTIF

VISI

 

Hospital Setiu sebagai sebuah hospital cemerlang yang berasaskan ICT dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti secara berterusan.

 

MISI

 

Memberi perkhidmatan perubatan terbaik dengan menggunakan teknologi terkini bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bermaklumat demi mencapai kepuasan pelanggan melalui budaya kerja penyayang, semangat kerja berpasukan dan nilai berprofesionalisme yang tinggi.

 

OBJEKTIF

 

Hospital Setiu adalah komited dalam memberikan perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan “Sistem Pengurusan Kualiti” bagi memenuhi kehendak pelanggan.

PENGENALAN

Hospital Setiu mula dibina pada Oktober tahun 2000 di bawah Projek Rancangan Malaysia ke – 7, Ia merupakan  Turnkey Project (HSS-KKM JV Sdn Bhd) dengan kos pembinaan sebanyak RM 65,662,790. Hospital ini mula diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Julai 2003 dengan bilangan katil sebanyak 76 katil.

Hospital Setiu mula beroperasi pada  7 Disember 2003 dengan pembukaan Unit Kecemasan sahaja.Diikuti dengan pembukaan Wad Perempuan pada januari 2004, Wad Lelaki pada April 2004 dan Wad Kanak-kanak pada Oktober 2004,Dewan Bersalin pula telah dibuka kepada pesakit mulai 9 Mei 2004.

Hospital Setiu meliputi kawasan seluas 8.3 hektar dari 16.2 hektar luas kawasan Hospital, Ianya terletak di Kg Pak Kancil, Mukim Tasik , Bandar Permaisuri, Daerah Setiu. Dngan jarak 2km dari Bandar Permaisuri ,Ia berada dengan jarak 72km dari daerah Kuala Terengganu dan 40km dari Jertih Besut.

Hospital Setiu juga menjadi pusat rujukan bagi 4 buah klinik kerajaan dan 13 buah klinik desa. Mata pencarian utama bagi Penduduk sekitar ialah berasaskan pertanian dan perikanan.