UNIT PENGURUSAN

  1. PENGENALAN

 

Unit Pengurusan Hospital Setiu adalah salah satu bahagian yang memberi perkhidmatan kepada perkhidmatan perawatan pesakit Hospital Setiu.  Unit Pengurusan menyediakan perkhidmatan pentadbiran, kewangan, hasil, operator telefon, perpustakaan dan teknologi maklumat.

 

1.1 LOKASI

 

Bil

Unit

Lokasi

 

1.1.1

Pejabat Pengurusan Pentadbiran, Kewangan, Pembangunan,  (Kejuruteraan), Teknologi Maklumat dan Perpustakaan Hospital Setiu.

 

Terletak di Aras 3, Blok Utama Kompleks Hospital Setiu berhadapan dengan Wad lelaki (Wad 3A)

1.1..2

Unit Khidmat Pelanggan

Terletak di aras bawah di bahagian kiri blok utama lokasi yang sama dengan Unit Trauma dan Kecemasan.

 

1.1.3

Unit Hasil

Terletak di lobi berselahan dengan pintu masuk utama sebaris dengan Unit Perubatan dan juga Unit X-Tray

 

 

1.2       Visi dan Misi

 

              Unit Pengurusan sebagai unit yang dapat memberi dan menyediakan perkhidmatan kepada seluruh anggota hospital dengan berkualiti dan cemerlang secara berterusan

 

              Memberi perkhidmatan pengurusan yang terbaik dari segi latihan, kewangan, sumber manusia kepada kakitangan hospital dan juga semua pelanggan yang berurusan dengan hospital

 

1.3        Objektif Umum

 

              Untuk membantu ke arah pencapaian dasar dan objektif Hospital Setiu dengan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti lain di Hospital Setiu disokong dan didokong dengan satu sistem perkhidmatan pengurusan yang kukuh, cekap dan berkesan dari segi pentadbiran sumber manusia dan kwangan.

   

  1. Struktur Organisasi

 

2.1  Piagam Pelanggan

 Kami berusaha dan komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta memberi layanan yang adil dan saksama.  Usaha yang berterusan akan dilakukan bagi memberi perkhidmatan yang sempurna, mesra dan selesa.  Perhatian akan diberi segi kecekapan, ketetapan dan keberkesanan terhadap maklumat-maklumat dan perkhidmatan yang diberikan seperti berikut :-

 

  • Menedarkan surat-surat yang telah diminta dalam masa 2 hari

 

  • Menyediakan dan mengedarkan minit-minit mesyuarat dalam masa 7 hari

 

2.1.3  Memproses permohonan pinjaman perumahan, computer dan kenderaan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen-dokumen yang lengkap

 

  • Memproses permohonan perolehan bekalan, perkhidmatan dan bekalan pejabat yang diluluskan dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan.

 

2.1.4   Menyediakan dan mengedarkan Penyata Perbelanjaan kepada ketua Ketua-Ketua Bahagian sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan

 

  • Memproses dan mempastikan semua anggota yang baru dilantik menerima gaji dalam masa 2 bulan dari tarikh melaporkan diri.

 

  • Menyediakan Penya Gaji (Borang EC) untuk tujuan taksiran cukai pendapatan dalam masa 5 hari

 

  • Memproses kertas-kertas persara-persaraan 12 bulan sebelum tarikh persaraan paksa seseorang anggota

 

  • Menyimpan dan mempastikan maklumat-maklumat peribadi dan sulit tidak dibaca atau diketahui oleh pihak yang tidak berkaitan dengannya.

 

  • Memproses permohonan pertukaran dalam masa 7 hari

 

  • Memproses perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen 3 bulan sebelum tarikh berkuatkuasa

 

2.1.11 Memproses baucer-baucer tuntutan dalam tempoh 10 hari pertama setiap  bulan

 

 

Sila hubungi Bahagian Pengurusan mellalui telefon 09-6116666 jika menghadapi kesulitan dalam berurusan mengenai perkara di atas.

 

UNIT KUALITI

  1. LATARBELAKANG UNIT

1.1 Pengenalan

Unit Kualiti mula beroperasi pada Julai 2014 bagi menjalankan aktiviti peningkatan kualiti.Unit Kualiti terletak di Aras 2 bangunan utama bersebelah dengan wad Kanak-kanak(2B).

Unit Kualiti berfungsi untuk menyelaraskan semua aktiviti kualiti yang telah ditetapkan oleh KKM dan merupakan pusat rujukan bagi memberi maklumat berkaitan kualiti  kepada wargakerja hospital.Unit ini bekerjasama dengan semua penyelaras aktiviti peningkatan kualiti yang dilantik bagi melicinkan perjalanan aktiviti berkaitan kualiti.

Unit Kualiti juga dibantu oleh penyelaras Aktiviti Kualiti yang dilantik oleh Pengarah Hospital serta penyelaras kualiti Jabatan/Unit yang mana telah memudahkan pihak Unit Kualiti mendapatkan maklumat/data berkaitan sesuatu aktiviti kualiti

1.2 VISI DAN MISI

1.2.1 Visi

Memastikan peningkatan kualiti yang berterusan untuk memenuhi persepsi dan ekspektasi pelanggan

1.2.2 Misi

Unit Kualiti Hospital Setiu sentiasa berusaha memastikan semua aktiviti kualiti dilaksanakan seperti yang telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan memantapkan pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan

1.3 OBJKETIF UNIT KUALITI HOSPITAL SETIU

1.3.1 Objektif Umum:

    Menyelaras semua aktiviti Kualiti Hospital  supaya perkhidmatan ataupun produk yang dihasilkan berkualiti serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh hospital, jabatan dan kementerian.

1.3.2 Objektif Khusus:

  1. Memastikan semua aktiviti kualiti dilaksanakan oleh  unit-unit seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dipantau dan dianalisa serta data pencapaian yang diperolehi adalah tepat.
  2. Memastikan semua reten/laporan aktiviti kualiti dihantar Ke Unit Kualiti Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengikut jadual yang ditetapkan.

1.4 Kenyataan Polisi

Polisi operasi ini disediakan mengikut garis panduan dari pihak hospital, JKN dan KKM. Tujuan Polisi adalah untuk menjelaskan (clarify) prosedur dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kualiti agar selari dengan objektif dan Dasar Kualiti Hospital Setiu. Sebarang pindaan atau perubahan akan dilaksanakan jika ada perubahan pada garis panduan atau arahan dari pihak atasan. Polisi ini sah digunapakai di Hospital Setiu sahaja dan akan dikemaskini secara berkala. Ketidakpatuhan pada polisi akan menjejaskan kelancaran dan kualiti perkhidmatan.

2.0 STRUKTUR ORGANISASI

2.1 Piagam Pelanggan

  1. Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, mesra dan berkualiti
  2. Memudahcara dan menyelaras semua aktiviti peningkatan kualiti yang dijalankan di Hospital Setiu
  3. Maklumat akan disalurkan kepada pelaksana aktiviti (Jabatan/Unit) mengikut keperluan
  4. Menggalakkan anggota hospital mendapat latihan dalam aspek kualiti demi meningkatkan mutu perkhidmatan
  5. Semua anggota hospital mendapat informasi terkini dalam aktiviti peningkatan kualiti

2.2 Carta Organisasi

Sila rujuk di lampiran 1

 

2.3 Aspek-Aspek Organisasi

Dikendalikan oleh seorang Person Incharge Unit (PIC) Pegawai Perubatan UD 54, 1 orang Jururawat U32(KUP) yang dilantik oleh Pengarah Hospital. Berfungsi sebagai pusat aktiviti kualiti dan akan merancang dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak hospital, jabatan dan kementerian.

2.4 Skop perkhidmatan & Jawatankuasa

 2.4.1 Fungsi Utama

  1. Menyelaraskan aktiviti – aktiviti Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Kualiti Hospital sepertimana diarahkan oleh Pengarah Hospital.
  2. Menfailkan semua laporan aktiviti kualiti hospital.
  3. Melaporkan kepada pengarah hospital laporan aktiviti kualiti yang telah disediakan oleh setiap penyelaras mengikut jadual yang ditetapkan atau bila diperlukan.
  4. Memastikan semua penyelaras aktiviti kualiti menyediakan laporan masing-masing sebelum Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dijalankan.
  5. Mengkoordinasi dan menjalankan aktiviti kualiti sebagaimana yang ditetapkan oleh hospital.
  6. Mengawal, melaksana dan memantau aktiviti – aktiviti kualiti di hospital yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  7. Mendokumentasi serta menfailkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan aktiviti - aktiviti kualiti hospital.

2.4.1.2 Penghantaran laporan terkini aktiviti kualiti hospital ke Unit kualiti JKNT dan KKM mengikut jadual yang ditetapkan atau bila diperlukan.

2.4.1.3 Menyediakan bahan rujukan kualiti kepada pelanggan (Warga Hospital Setiu) serta memuat naik bahan – bahan/dokumen berkaitan aktiviti kualiti  dalam hict.

2.4.1.4 Menyediakan takwin tahunan aktiviti kualiti untuk dimasukkan dalam takwin hospital.

2.4.2 JAWATANKUASA PEMANDU KUALITI HOSPITAL SETIU

Pengerusi

:

Dr.W.Md. Shihabudin bin Wan Mamat

Pengarah Hospital

PIC Unit Kualiti

:

Dr Izhar Aleman bin Ab Ghani

Pegawai Perubatan UD54

Ketua Jururawat Y/M

:

Azimah binti Setapa @ Awang

Ketua Jururawat U32

Urusetia

:

Waziriya binti Wahab

Jururawat U32(KUP)

AHLI JAWATANKUASA :

Pn Nor Azlinda Osman- Penyelaras

PJ Azizah binti Setapa - Setiausaha

MS ISO 9001:2015

Dr Izhar Aleman bin Ab Ghani- Penyelaras

JT Waziriya Wahab- Setiausaha

Incident Reporting

Dr Norhafiza binti Rashid- Penyelaras

JT Waziriya Wahab- Setiausaha

HPIA/KPI/HSA/SSA

Dr Arthifah binti Abdul Aziz- Penyelaras

JT Waziriya Wahab- Setiausaha

Clinical Practice Guidelines

Dr Norhafiza binti Rashid- Penyelaras

JT Waziriya Wahab- Setiausaha

Patient Safety Goals

Dr Ainulashikin Ibrahim- Penyelaras

Cik Shahirah - Setiausaha

JK QAP

En Zuli Hendra Hussain- Penyelaras

-Setiausaha

 

JK Inovasi

JK KIK

Dr Rawaida Ab Talib- Penyelaras

JT Waziriya Wahab -Setiusaha

Akreditasi

Dr Rosma binti Abd Ghani

KJ Noorkumalasari binti Kasim

Pain Free Hospital

KJ Zarina binti Osman-Penyelaras

 

Hospital Mortality Review

KJ Zakiah Abdullah

Maternal Mortality

KJ Norkumalasari binti Kasim

Perinatal Mortality

PJ Azizah binti Setapa-Penyelaras

JT Waziriya Wahab-Setiausaha

Credentialing & Privileging

Dr Athifah binti Abdul Aziz- Penyelaras

JT Waziriya Wahab- Setiausaha

CME

PJ Noorhayani binti Ahmad- Penyelaras

 

CNE

Pn Sarina Jusof-Penyelaras

Latihan

Pn Nor Azlinda Osman- Penyelaras

Pn Noor Liza Samsudin

Aduan Awam

Pn Nur Shairah binti Badrul Hisham-Penyelaras

Kajian Kepuasan Pelanggan

Pn Siti Noraini Ghazali-Penyelaras

Piagam Pelanggan

Pn Nur Athirah Amran- Penyelaras

Budaya Kerja Cemerlang (BKC)

Pn Nor Azlinda Osman- Penyelaras

Objektif Kualiti

 

2.5 MASA OPERASI UNIT KUALITI

Ahad hingga Rabu        : 07.30 pagi – 01.00 petang

                                       02.00 petang – 04.30 petang

Khamis                          : 07.30 pagi – 01.00 petang

                                        02.00 petang – 3.00 petang

Jumaat dan Sabtu  &       : Cuti hari bekerja

Hari kelepasan Am

UNIT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK

  1. LATAR BELAKANG ORGANISASI / UNIT

Unit Radiologi  terletak di aras  satu berhadapan unit Kecemasan dan bersebelahan unit Rekod Perubatan. Mula beroperasi pada bulan Disember tahun 2003. Dikenali sebagai Unit Pengimejan Diagnostik dan kemudiannya ditukar kepada Unit Radiologi

  • VISI & MISI.
    • Visi menjadikan perkhidmatan terbaik dalam kualiti, integriti dan produktiviti ke arah kepuasan pelanggan serta menjadi sumber ilmu membina masyarakat sihat sejahtera.
    • Misi mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran berterusan dengan tahap teknologi terkini serta inovasi ke arah ICT dan perkhidmatan kelas pertama.
  • OBJEKTIF UMUM & KHUSUS.
    • Memaksimumkan produktiviti dengan kualiti diagnostik optimum  di samping meminimumkan dos radiasi kepada pesakit.
  • KENYATAAN POLISI ( POLICY DOCUMENT STATEMENT ).
    • Polisi ini menerangkan maklumat operasi unit Radiologi dan digunapakai untuk Hospital Setiu sahaja.

 

  1. STRUKTUR DAN ORGANISASI UNIT
    • PIAGAM PELANGGAN.
      • Unit ini berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti dalam aspek - aspek berikut :
      • Pemeriksaan x-ray akan  selesai  dalam masa  60 minit  bagi kes rutin biasa
      • Penolakan filem yang tidak menepati standart kualiti adalah kurang 5 peratus daripada jumlah filem yang digunakan.
    • CARTA ORGANISASI.
      • Mempunyai 4 orang anggota terdiri daripada 3 orang Juru x-ray dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
  • ASPEK ORGANISASI
    • Pengurusan harian jabatan adalah di bawah tanggungjawab Juru x-ray kanan U32 dan dibantu oleh 2 Juru x-ray U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
    • Juru x-ray U32 membuat kerja-kerja pengurusan dan klinikal seperti di bawah:
      • PENGURUSAN
        • Pengurusan Organisasi Dan Kewangan
        • Pengurusan Sumber Manusia
        • Pengurusan Aktiviti Kualiti Dan Keselamatan
        • Pengurusan Polisi Dan Prosedur
        • Pengurusan Aset Dan Fasiliti
        • Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat
      • PERKHIDMATAN KLINIKAL
        • Pengurusan Kaunter Bagi Pemeriksaan Radiologi
        • Pengurusan Laporan Pemeriksaan Radiologi
        • Pemeriksaan Radiologi AM
        • Pengurusan Pakar Lawatan
        • Pemeriksaan Radiologi Khas
        • Tinggal Atas Panggilan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
      • SKOP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
        • Pengurusan Kaunter termasuklah pendaftaran borang permohonan pemeriksaan Radiologi ke dalam buku pendaftaran dan memasukkan semua butiran pesakit ke dalam sistem pemeriksaan termasuklah Sistem Pengurusan Rekod  Pesakit ( SMRP).
        • Unit ini menyediakan semua pemeriksaan radiologi am biasa tanpa kontras termasuk Pemeriksaan Radiologi am mudah gerak .
        • Pemeriksaan Radiologi Khas. Semua pemeriksaan dijalankan secara temujanji di Hospital rujukan. Pemeriksaan termasuklah Mamogram, Fluoroskopi, CT Scan, MRI.
        • Laporan ( Filem Reporting ) turut disediakan. Laporan yang biasa akan dibuat oleh Pakar Lawatan semasa lawatan mengikut jadual tersedia, manakala yang memerlukan temujanji  segera akan dihantar ke Hospital rujukan.
        • Pemeriksaan Ultrasound oleh Pakar lawatan dijalankan sekali setiap bulan secara sistem  
        • Juru x-ray menjalankan tugas-tugas on call (Tinggal atas panggilan ) mengikut jadual tersedia selepas waktu pejabat.
        • Mengganti tugas di Klinik Kesihatan seperti arahan.

 

  • MASA OPERASI
    • Beroperasi dalam waktu pejabat secara berperingkat dan selepas waktu pejabat, akan tinggal atas panggilan.
    • Juru x-ray yang tinggal atas panggilan (on call) akan bertugas mengikut jadual giliran yang disedia oleh ketua Juru x-ray.
    • Waktu operasi adalah seperti berikut:-
      1. Ahad hingga rabu: 7.30 pagi – 6.00 petang
      2. Khamis : 7.30 pagi – 4.30 petang

 

 

UNIT DIETETIK DAN SAJIAN

  1. LATAR BELAKANG ORGANISASI / UNIT

1.1.1    Pengenalan

Unit ini diketuai oleh Pegawai Dietetik  Gred U41. Anggota-anggota lain adalah Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C32, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29 dan Pembantu Penyediaan Makanan N19. 

Peralatan yang sedia ada ialah sebuah Combi Oven, Chiller, Freezer, sinki-sinki  stainless steel dan troli stainless steel. Perkhidmatan Sajian yang disediakan adalah secara “Centralised Plating” bagi memenuhi visi Hospital Setiu.

 

  • Lokasi

Unit Dietetik dan Sajian terletak di Blok D bersebelahan dengan Unit Stor Bekalan Farmasi. Lokasi unit ini berada dalam jarak beberapa meter dengan lif pengangkutan bagi memudahkan pengagihan makanan dihantar dengan lebih cepat dan efisiyen.

 

1.2.1    Visi

Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi Hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

 

1.2.2    Misi 

   1.2.2.1 Perkhidmatan Dietetik

  • Membantu Rawatan Perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan “evidence–based” disamping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik. 

1.2.2.2 Perkhidmatan Sajian

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses catering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

 

1.3       Objektif Umum

Memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan. 

1.4       Objektif khusus

  1. a) Untuk membekalkan diet normal dan diet teraputik mengikut pesanan wad bagi kelas dua, tiga dan wad kanak- kanak.
  2. b) Untuk membekalkan diet yang bersesuaian bagi doktor bertugas atas panggilan.
  3. c) Membekalkan catuan makanan kering ke wad untuk kegunaan pesakit.
  4. d) Untuk memberi khidmat ‘medical nutrition therapy’ bagi ‘oral diet’ serta ‘nutrition support’ kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
  5. e) Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan

              katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi

              peningkatan mutu perkhidmatan.

  1. f) Memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih Institusi Pengajian Tinggi.

 

  1. STRUKTUR DAN ORGANISASI UNIT
    • Piaggam Pelanggan
      • Perkhidmatan Dietetik
    • Tiap pesakit yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau sosio ekonomi.
    • Tiap pesakit yang dirujuk akan diberi maklumat yang jelas mengenai aspek penjagaan diet bersesuaian mengikut keadaan penyakit masing-masing.
    • Jangka masa kaunseling diet :

Bagi pesakit yang baru dirujuk  : 30 minit – 45 minit

Bagi pesakit ulangan                  : 15 minit – 20 minit

  • Bagi pesakit dalam yang dirujuk, pesakit akan diberi perkhidmatan klinikal dietetik dalam tempoh 24 jam bagi kes-kes kritikal dan kes-kes tidak kritikal.

 

2.1.2  Perkhidmatan Sajian

  • Membekalkan diet harian yang betul mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit serta mengikut selera dan cita rasa tempatan. Ia mesti menyumbangkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badan berfungsi dengan normal untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu rosak.
  • Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan wad.
  • Diet akan dibekalkan empat (4) kali sehari megikut jadual seperti berikut :

Sarapan pagi            : 7.30 pagi - 8.00 pagi

Makan Tengahari    : 11.30 pagi – 12.00 tengahari

Minum petang          : 2.30 petang – 3.00 petang

Makan Malam           : 5.00 petang – 5.30 petang

  • Bagi Kes baru sebelum 5.15 petang, diet akan disediakan dalam masa 30 minit selepas pesanan tetapi diet yang diberikan tidak semestinya sama dengan diet normal akan tetapi dipastikan bersesuaian dan bermutu.

UNIT REKOD PERUBATAN

  1. 1.               LATARBELAKANG ORGANISASI/ UNIT 

    • Pengenalan

    Unit ini terletak di aras bawah bangunan Blok Utama. Ianya bersebelahan dengan Unit Pengimejan Diagnostik, berhampiran Unit Kerja Sosial Perubatan dan juga Unit Hasil dan Pendaftaran Masuk Wad. Unit Rekod Perubatan adalah merupakan salah satu unit yang diletakkan di bawah Perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital. Unit ini telah berfungsi mulai 1 Januari 2004 bersamaan tarikh pembukaan Hospital Setiu.

    1.2. Visi Dan Misi

    1.2.1  Visi Hospital

    Hospital Setiu sebagai sebuah hospital cemerlang dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti secara berterusan. 

    1.2.2 Visi Unit Rekod Perubatan

    Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai Pusat Rujukan Utama Maklumat dan Data Pesakit

    1.2.3 Misi Hospital

    Memberi perkhidmatan perubatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bermaklumat demi mencapai kepuasan pelanggan melalui budaya kerja penyayang, semangat kerja berpasukan dan nilai profesionalisma yang tinggi. 

    1.2.4 Misi Unit Rekod Perubatan

    Hospital Setiu adalah komited dalam memberikan perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan “ Sistem Pengurusan Kualiti” bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

     1.3.        Objektif Umum

    Memastikan sistem pengurusan rekod perubatan pesakit berada ditahap yang terbaik dan sistematik

     

    1.4.        Objektif Khusus

    Menyediakan perkhidmatan penyimpanan rekod perubatan dan pengeluaran laporan perubatan yang bersistematik disamping menghasilkan maklumat dan data-data perangkaan yang tepat dan cepat. 

    • Kenyataan Polisi
      • Polisi Unit Rekod Perubatan: Kenyataan spesifik mengenai hala tuju bagi memenuhi fungsi sesuatu jabatan/ unit.
      • Tujuan polisi diwujudkan: Sebagai panduan untuk mencapai objektif hospital dan unit merangkumi sumber manusia, pelanggan, teknologi, proses kerja dan struktur

    2.            STRUKTUR ORGANISASI/ UNIT

    2.1.        Piagam Pelanggan

    • Setiap pelanggan yang berurusan dengan unit rekod akan dilayan secara profesional, mesra dan
    • Memastikan Rekod Perubatan Pesakit Dalam dihantar dalam masa 72 jam atau 3 hari waktu bekerja selepas pesakit discaj. Laporan perubatan (biasa) yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap
    • Setiap pelanggan akan dilayan dalam masa 5
    • Setiap pinjaman rekod perubatan pesakit (case note) akan disediakan dalam masa 10 minit.
    • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah