UNIT PENYELIAAN

POLISI UNIT PENYELIAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

 

  1. PENGENALAN 

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen

Pengurusan Sumber Manusia di dalam penjagaan kesihatan pesakit di Hospital Setiu. Unit ini berperanan dan memastikan mutu perkhidmatan yang memuaskan dan efisyen di kalangan anggota kerja dibawah jagaanya melibatkan PPP dan PPK serta Pemandu kenderaan. 

 

OBJEKTIF 

OBJEKTIF UMUM 

Memastikan semua perkhidmatan di bawah Unit Penyeliaan Penolong

Pegawai Perubatan berjalan lancar dan berkesan.

 

OBJEKTIF KHUSUS 

Memastikan semua perkhidmatan sumber manusia di bawah Unit Penyeliaan Penolong

Pegawai Perubatan berjalan dengan efiesen, kemaskini dan berkualiti. 

  1. Untuk menyediakan perkhidmatan sumber manusia ( PPP, PPK dan

Pemandu kenderaan) dapat melaksanakan tugas dengan baik, efiesen dan berkualiti

sepanjang masa.

  1. Berusaha ke arah meningkatkan pencapaian nilai-nilai korporat KKM didalam

perkhidmatan di  Unit / Wad pada keseluruhannya.

  1. Berusaha di dalam memenuhi kepuasan perkhidmatan kepada semua pelanggan.
  2. Memastikan proses peningkatan pengetahuan, kemahiran serta sikap jatidiri di semua

peringkat Unit / Wad di Hospital Setiu.

UNIT REHABILITASI

  1. LATARBELAKANG ORGANISASI/ UNIT
    • Pengenalan
      • Unit Rehabilitasi Hospital Setiu telah beroperasi sejak Mei 2005. Unit ini menawarkan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja dan Pemulihan Perubatan. Anggota yang berperanan sebagai agen pemulihan yang holistic kepada pesakit yang memerlukan. Skop perkhidmatan adalah terdiri dari Pesakit Luar dan Pesakit Dalam.
    • Visi
      • Visi Perkhidmatan Pemulihan Carakerja
        • Menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang bersistematik bertaraf antarabangsa dan mudah diperolehi di setiap peringkat sistem penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan.
      • Visi Perkhidmatan Fisioterapi
        • Menyampaikan Perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah  meningkatkan kualiti hidup.
      • Misi
        • Misi Perkhidmatan Pemulihan Carakerja
          • Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence  based practice.
        • Misi Perkhidmatan Fisioterapi
          • Komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan cost-effective serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat.
          • Melahirkan tenaga kerja profesional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan piawaian kebangsaan antarabangsa.
        • Objektif
          • Perkhidmatan Pemulihan Carakerja
            • Untuk memastikan pelanggan dapat Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang selamat, tepat dan berkesan.
            • Untuk menyediakan satu garis panduan bagi menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja pada tahap optimum melalui kerjasama Ahli Kumpulan Perawatan Multidiplinary Team – MDT ke arah penjagaan pesakit secara menyeluruh.
            • Untuk memastikan Pegawai Pemulihan / Jurupulih Carakerja sentiasa kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran dengan mengikuti program  pembelajaran berterusan.
          • Perkhidmatan Fisioterapi
            • Menyediakan fasiliti, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi.
            • Memberi Perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif dan cekap dengan melahirkan anggota Fisioterapi yang professional,           berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence-          based practise (EBP) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai          
            • Memberi perkhidmatan yang berkesan berasaskan EBP
            • Menggalakkan pembabitan pesakit, keluarga atau waris dalam proses rawatannya melalui pendidikan kesihatan.
            • Memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan menerapkan nilai -nilai murni selaras dengan Budaya Korporat KKM.

UNIT REKOD PERUBATAN

  1. 1.               LATARBELAKANG ORGANISASI/ UNIT 

    • Pengenalan

    Unit ini terletak di aras bawah bangunan Blok Utama. Ianya bersebelahan dengan Unit Pengimejan Diagnostik, berhampiran Unit Kerja Sosial Perubatan dan juga Unit Hasil dan Pendaftaran Masuk Wad. Unit Rekod Perubatan adalah merupakan salah satu unit yang diletakkan di bawah Perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital. Unit ini telah berfungsi mulai 1 Januari 2004 bersamaan tarikh pembukaan Hospital Setiu.

    1.2. Visi Dan Misi

    1.2.1  Visi Hospital

    Hospital Setiu sebagai sebuah hospital cemerlang dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti secara berterusan. 

    1.2.2 Visi Unit Rekod Perubatan

    Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai Pusat Rujukan Utama Maklumat dan Data Pesakit

    1.2.3 Misi Hospital

    Memberi perkhidmatan perubatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bermaklumat demi mencapai kepuasan pelanggan melalui budaya kerja penyayang, semangat kerja berpasukan dan nilai profesionalisma yang tinggi. 

    1.2.4 Misi Unit Rekod Perubatan

    Hospital Setiu adalah komited dalam memberikan perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan “ Sistem Pengurusan Kualiti” bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

     1.3.        Objektif Umum

    Memastikan sistem pengurusan rekod perubatan pesakit berada ditahap yang terbaik dan sistematik

     

    1.4.        Objektif Khusus

    Menyediakan perkhidmatan penyimpanan rekod perubatan dan pengeluaran laporan perubatan yang bersistematik disamping menghasilkan maklumat dan data-data perangkaan yang tepat dan cepat. 

    • Kenyataan Polisi
      • Polisi Unit Rekod Perubatan: Kenyataan spesifik mengenai hala tuju bagi memenuhi fungsi sesuatu jabatan/ unit.
      • Tujuan polisi diwujudkan: Sebagai panduan untuk mencapai objektif hospital dan unit merangkumi sumber manusia, pelanggan, teknologi, proses kerja dan struktur

    2.            STRUKTUR ORGANISASI/ UNIT

    2.1.        Piagam Pelanggan

    • Setiap pelanggan yang berurusan dengan unit rekod akan dilayan secara profesional, mesra dan
    • Memastikan Rekod Perubatan Pesakit Dalam dihantar dalam masa 72 jam atau 3 hari waktu bekerja selepas pesakit discaj. Laporan perubatan (biasa) yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap
    • Setiap pelanggan akan dilayan dalam masa 5
    • Setiap pinjaman rekod perubatan pesakit (case note) akan disediakan dalam masa 10 minit.
    • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah

     


     

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

 

POLISI /  DASAR OPERASI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

  1. PENGENALAN

Polisi dan Dasar Operasi ICT adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan dan tatacara dalam kegunaan kemudahan IT yang ada di Hospital Setiu.

 

Polisi dan Dasar Operasi ICT Hospital Setiu dicipta bagi mengimplementasi prosedur tertentu untuk memastikan pengawalan serta perlindungan terhadap perkhidmatan komputer, penyalahgunaan dan kepunyaan data yang tidak sah. Ianya diwujudkan bagi memastikan Keperluan Prosedur dan Aspek Keselamatan di kawalselia dengan baik tanpa menganggu hak‐hak pengguna yang lain.

 

Keselamatan ICT yang melibatkan pelbagai cabang dan topik yang perlu di patuhi termasuklah teknologi terkini, personel IT, kewangan, latihan, polisi, pengurusan risiko, proses dan pengukuran hendaklah dijalankan dengan tepat bagi melindungi dan mengawalselia sistem Informasi dan komunikasi kerajaan Malaysia yang digunakan dan ditempatkan di Hospital Setiu.

 

  1. OBJEKTIF
    • Menyediakan dan memastikan kelancaran perjalanan sistem-sistem sedia ada, rangkaian dan peralatan ICT yang digunakan di Hospital Setiu
    • Memastikan penyimpanan data yang teratur dan selamat

 

  1. FUNGSI
    • Memastikan perjalanan sistem sedia ada agar berjalan dengan lancar
    • Memastikan penyelenggaraan komputer dan rangkaian di Hospital Setiu berjalan dengan baik
    • Memastikan keselamatan sistem sedia ada
    • Memberi khidmat nasihat kepada kakitangan berkaitan dalam bidang ICT
    • Memberi khidmat nasihat kepada Pengarah Hospital berkaitan dengan pembangunan dan perjalanan ICT di Hospital Setiu

 

  1. SKOP PERKHIDMATAN
    • Memastikan perjalanan sistem-sistem sedia ada di Hospital Setiu agar berjalan dengan lancar.
    • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan, perisian dan rangkaian internet serta rangkaian MygovNet.
    • Menerima aduan kerosakan yang melibatkan peralatan ICT, rangkaian dan sistem daripada unit-unit. Laporan akan dikemukakan terus kepada pihak BPM, KKM atau UNIT IT, JKNT atau pembekal yang bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah dan kerosakan yang memerlukan pembaikian oleh mereka.
    • Memberikan khidmat nasihat kepada unit-unit dalam bidang berkaitan dengan ICT
    • Menguruskan perolehan bekalan alat ganti kepada pengguna dan mendapatkan alat ganti daripada pihak pembekal, menyediakan spesifikasi teknikal dan justifikasi keperluan.
    • Melaksanakan lain-lain tugasan pengurusan yang berkaitan dengan bidang ICT dari semasa ke semasa.

 

  1. ORGANISASI

Bahagian Teknologi Maklumat ditadbir oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah Hospital serta dibantu oleh seorang lagi JuruteknikKomputer (FT17)

 

 

 

Wad 2C dan Dewan Bersalin

Wad 2C dan Dewan Bersalin

Wad ini beroperasi dengan 4 katil (2 antenatal dan 2 katil postnatal) dan Dewan Bersalin mempunyai 4 labour suite. Sebelum ini bagi kes Obstetrik (antenatal dan postnatal) ditempatkan di Wad 2B (Wad Kanak-kanak). Bermula 1 Januari 2024 semua kes obstetrik (antenatal dan postnatal) ditempatkan di Dewan Bersalin bagi memberi laluan kemasukan kes Neonatal Jaundice dan  Daycare Neonatal yang meningkat dari masa ke semasa.

Penempatan ini juga memberikan keselesaan kepada ibu yang akan bersalin dan memberi kemudahan Amalan Mesra Ibu dan Mesra Bayi.