POLISI UNIT PENYELIAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
- PENGENALAN
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen
Pengurusan Sumber Manusia di dalam penjagaan kesihatan pesakit di Hospital Setiu. Unit ini berperanan dan memastikan mutu perkhidmatan yang memuaskan dan efisyen di kalangan anggota kerja dibawah jagaanya melibatkan PPP dan PPK serta Pemandu kenderaan.
OBJEKTIF
OBJEKTIF UMUM
Memastikan semua perkhidmatan di bawah Unit Penyeliaan Penolong
Pegawai Perubatan berjalan lancar dan berkesan.
OBJEKTIF KHUSUS
Memastikan semua perkhidmatan sumber manusia di bawah Unit Penyeliaan Penolong
Pegawai Perubatan berjalan dengan efiesen, kemaskini dan berkualiti.
- Untuk menyediakan perkhidmatan sumber manusia ( PPP, PPK dan
Pemandu kenderaan) dapat melaksanakan tugas dengan baik, efiesen dan berkualiti
sepanjang masa.
- Berusaha ke arah meningkatkan pencapaian nilai-nilai korporat KKM didalam
perkhidmatan di Unit / Wad pada keseluruhannya.
- Berusaha di dalam memenuhi kepuasan perkhidmatan kepada semua pelanggan.
- Memastikan proses peningkatan pengetahuan, kemahiran serta sikap jatidiri di semua
peringkat Unit / Wad di Hospital Setiu.