LOKASI
- Unit Perkhidmatan Patologi adalah salah satu dari unit sokongan yang terdapat di Hospital Besut. Ianya terletak diantara Unit Pesakit Luar dan bersebelahan dengan unit Farmasi.
- Unit Patologi, merangkumi seksyen Biokimia, Klinikal, Serologi dan Transfusi Darah
FUNGSI
- Menyediakan perkhidmatan diagnostik dalam bidang Biokimia, Klinikal, Serologi dan Transfusi Darah,
- Mengadakan kempen derma darah bergerak di luar kawasan iaitu disekitar Negeri Terengganu dan Kelantan disamping penderma yang datang sendiri ke Unit Transfusi Darah.
- Menyediakan keperluan yang berkaitan dengan perkhidmatan Patologi seperti membekalkan bekas spesimen, borang patologi dan sebagainya serta menjadi rujukan ujian tertentu bagi Klinik Kesihatan di sekitar Daerah Besut.
- Menyediakan perkhidmatan latihan kepada anggota di Unit Patologi dan pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi.
- Menjalankan dan bekerjasama dalam perkembangan penyelidikan perubatan.
ANGGOTA KERJA
a) Pegawai Sains (Kimiahayat ) C41
b) Juruteknologi Makmal Perubatan U32
c) Juruteknologi Makmal Perubatan U29
d) Pembantu Perawatan Kesihatan U12
e) Pembantu Perawatan Kesihatan U3