Dietetik Dan Sajian

LOKASI

  •  Unit Dietetik dan Sajian terletak di bahagian belakang bangunan utama Hospital Besut dan bersebelahan Pejabat kejururawatan serta berhadapan dengan Stor Perubatan.

 

FUNGSI UNIT

• Perkhidmatan Sajian

i. Membekalkan diet berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas dua, tiga atau kanak-kanak. Jenis diet samada diet normal atau diet terapeutik akan  ditentukan oleh  Pegawai Dietetik atau Pegawai Perubatan.

ii. Membekalkan diet kepada ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu MAC (mother accompanying child) dengan diet kelas tiga. Rujukan : Bil (5) dlm. KKM 203/18 Jld.3, bertarikh 12hb Disember 2001

iii. Membekalkan susu formula bayi bagi bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif bagi tempoh dari lahir sehingga berumur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu. Rujukan : Bil (45) dlm. KKM-87(P20/205/1) Bhg. 7,

iv. Membekalkan diet kelas satu kepada doktor yang bertugas atas panggilan. Rujukan: Bil (39)dlm.KKM-58/054/4, bertarikh 12hb Januari 1983, 

v. Membekalkan catuan makan malam kepada anggota bertugas malam yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan. Rujukan : Bil. JPA(S) 1/7/16-1SK/(75), bertarikh 21hb Disember 1993,

 • Pekhidmatan Dietetik

i. Memberi khidmat ‘medical nutrition terapi’ dengan menggunakan ‘nutrition care process’ yang merangkumi ‘nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring & evaluation’ termasuk dokumentasi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik bagi pesakit dalam dan pesakit luar.

ii. Mengendalikan latihan, pendidikan berterusan dan memberi ceramah serta khidmat pakar rujuk mengikut keperluan

 

ANGGOTA KERJA

a) Pegawai Dietetik, 

b) Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, 

c) Pembantu Penyediaan Makanan.