VISI KEJURURAWATAN
Bersama mengembeling tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik melalui kecemerlangan profesionalisma kejururawatan.
MISI KEJURURAWATAN
- Memajukan Profesyen Kejururawatan ke tahap yang lebih tinggi.
- Meningkatkan pengetahuan dan inovasi serta mendidik Jururawat ke arah mentaliti kelas pertama.
- Mengurus isu kejururawatan secara konstruktif dan produktif dan mengekalkan piawaian kualiti perkhidmatan kejururawatan.
- Meningkat serta mengukuhkan mekanisma implementasi dan pemantauan perkhidmatan kejururawatan.
OBJEKTIF KEJURURAWATAN
- Meningkatkan produktiviti dalam latihan dan perkhidmatan kejururawatan.
- Menjana sumber baru dalam teknologi dan pengetahuan, `service - Intensive`, ICT dan kepakaran kejururawatan.
- Memperkukuhkan sistem pentadbiran kejururawatan.
FILOSOFI KEJURURAWATAN
Jururawat Hospital Besut komited terhadap kualiti perkhidmatan yang cemerlang.
KOMITED TERHADAP PESAKIT
a) Perkhidmatan kejururawatan dirancang dan dilaksanakan mengikut spesifikasi keperluan pesakit secara individu.
b) Jururawat Hospital Besut percaya pesakit prihatin terhadap penjagaan mereka sendiri di mana semua anggota kesihatan memainkan peranan penting dalam penjagaan mereka dan keluarga mereka dengan pendidikan kesihatan disasarkan sebagai matlamat utama.
KOMITED TERHADAP AMALAN KEJURURAWATAN YANG BERKUALITI
a) Jururawat merancang dan melaksanakan perawatan di katil pesakit dan percaya ini boleh memberi perkhidmatan yang lebih efisyen dengan menggunakan kemudahan yang ada untuk meningkatkan kesihatan pesakit.
b) Jururawat melaksanakan tatacara klinikal dengan sokongan dari semua unit di hospital. Perkhidmatan kejururawatan di pantau melalui ‘Nursing Indicator Tool” dan “National Nursing Indicator Approach” bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang efektif untuk mengekalkan kompetensi dan kecemerlangan perkhidmatan kejururawatan.
c) Jururawat juga percaya pengajaran dan penyelidikan adalah sebahagian proses penjagaan pesakit serta komited dalam meningkatkan perkhidmatan kejururawatan kepada pelanggan.
KOMITED DALAM PERSEKITARAN YANG MENYOKONG KESELESAAN PESAKIT
a) Jururawat mengekalkan sistem pengurusan dan menyokong perkhidmatan dengan menitikberatkan penjagaan aktiviti pesakit.
b) Jururawat juga digalakkan membuat keputusan semasa memberi perkhidmatan dengan menunjukkan daya kreativiti, kemahiran dan mengekalkan persekitaran yang selamat dan kondusif.
c) Jururawat juga percaya informasi memainkan peranan penting dalam koordinasi penjagaan pesakit serta memberi kerjasama dan menyokong proses penjagaan pesakit.
KOMITED TERHADAP PROFESSIONALISMA
Seorang jururawat perlu mematuhi Kod Etika Kejururawatan serta mengambil peluang meningkatkan kemajuan kerjaya dan melibatkan diri dalam aktiviti bersama komuniti secara professional dan menerapkan konsep mesra pelanggan.
KOMITED TERHADAP KUMPULAN PENJAGAAN KESIHATAN
a) Jururawat sentiasa berkerjasama dengan Pakar, Pegawai Perubatan dan anggota paramedik di mana kepentingan komunikasi dititikberatkan dalam mempertingkatkan kebajikan pesakit dengan menggunakan sumber yang ada demi mencapai matlamat tersebut.
b) Jururawat bertindak sebagai koordinator dalam memastikan informasi pesakit dapat diberi kepada Pakar/ Pegawai Perubatan semasa rondaan disamping mengekalkan hubungan yang baik kedua belah pihak.
c) Jururawat juga komited dan menyokong terhadap pendidikan dan kaji selidik.
PENGURUSAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN
SKOP PENGURUSAN PENTADBIRAN KEJURURAWATAN
a) Pengurusan Pentadbiran Kejururawatan Hospital Besut meliputi semua kategori jururawat mengikut perjawatan yang telah diluluskan oleh KKM iaitu :
- Jururawat U42 [ Ketua Penyelia Jururawat Hospital ]
- Jururawat U41
- Jururawat U36 [ Penyelia Jururawat Kawasan]
- Jururawat U32/ U36 [TBK 2]
- Jururawat U32
- Jururawat U32 [KUP]/ U36 [TBK 2]
- Jururawat U29
- Jururawat U19/ U29
- Jururawat Masyarakat U24
- Jururawat Masyarakat U24 [ KUP ]
- Jururawat Masyarakat U19
b) Pengurusan dan penyeliaan anggota kejururawatan adalah dibawah tanggungjawab Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat yang menjaga wad.
c) Pengurusan Kejururawatan bertanggungjawab dalam penempatan / pembahagian anggota kejururawatan di unit mengikut pengkhususan posbasik dan pengalaman bertugas .
d) Penempatan Jururawat U19 sepatutnya adalah di Bilik Bersalin dan UPL . Manakala di unit lain adalah demi kepentingan perkhidmatan seperti di wad multidisiplin dan Wad Kanak-kanak bagi menampung beban tugas mengiringi kes rujukan ke hospital rujukan. Unit Kecemasan dan HDU tiada penempatan Jururawat Masyarakat .
e) Pengurusan Kejururawatan juga bertanggungjawab dalam pengurusan permohonan pembaharuan Sijil Pengamalan Tahunan [ APC ] setiap pertengahan tahun dengan Lembaga
Jururawat Malaysia [ LJM ] KKM.
f) Kualiti perkhidmatan kejururawatan dikekalkan melalui:
- Pemantauan kompetensi dengan :
- Latihan Dalaman / Luaran
- CME
- CNE
- Bed Side Teaching - Kepastian Kualiti
Program Mentoring
Credentialling and Privileging
Kajian
National Nursing Audit
Kajian Kepuasan Pelanggan
g) Ketua Jururawat yang bertugas “oncall” bertanggungjawab membuat rondaan dan penyeliaan wad pada hari tidak bekerjamengikut jadual yang ditetapkan. Beliau juga bertanggungjawab mengurus, mengatur dan mengambil tindakan sebarang masalah yang berlaku pada masa tersebut serta memaklumkan kepada Pengarah Hospital dan Ketua Penyelia Jururawat Hospital.
h) Jadual Tugas anggota disediakan oleh Ketua Jururawat Yang Menjaga Wad / Unit dan disahkan oleh Ketua Penyelia Jururawat. Manakala Jadual tugas Penyelia Jururawat , Ketua Jururawat dan Jadual Tinggal Atas Panggilan (on call) disediakan oleh Penyelia Jururawat dan disahkan oleh Pengarah Hospital.
i) Jururawat bertugas hendaklah mematuhi Garis Panduan Amalan Kejururawatan Cetakan Pertama 2008 keluaran Bahagian Kejururawatan Malaysia KKM yang meliputi 25 displin dan
mematuhi polisi hospital.
FUNGSI UNIT KEJURURAWATAN
a) Merancang latihan dan aktiviti untuk anggota kejururawatan bagi memastikan semua kompetensi jururawat ditahap yang memuaskan dan mencapai Credit Points yang ditetapkan.
b) Memantau dan mengawalselia anggota kejururawatan dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
c) Pengurusan pentadbiran kejururawatan
Permohonan Sijil Pengamalan Tahunan [ APC ]
Sokongan latihan posbasik atau kursus jangka pendek
Permohonan Pakaian Seragam
Permohonan Keperluan Perjawatan ABM
Permohonan Perolehan Peralatan Perubatan Dan Bukan
Perubatan.
Pengurusan Kenaikan Pangkat Jururawat .
Lain-lain tugas berkaitan dengan kejururawatan.
d) Pemantauan Kualiti Kejururawatan
National Nursing Audit [ NNA ]
National Nursing Indicaticor Approached [ NNIA ]
Kajian Kepuasan Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
e) Pemantauan terhadap perkhidmatan ‘Hospital Support Services” yang merangkumi 6 perkhidmatan sokongan iaitu Biomed [ BEM ] , Linen [ LLS ] , FEM , Clinical Waste [ CWS ], Cleaning Servises [ CLS ] , dan Facilities Management System Services [ FMS ].
f) Penyeliaan dan laporan pemantauan perkhidmatan kejururawatan dibuat dengan menggunakan format yang telah disediakan.