Rekod Perubatan

LOKASI

Unit ini terletak di Bangunan Pesakit Luar Hospital Besut diantara Pejabat Pentadbiran Hospital (sebelah kiri) dan Unit Farmasi (sebelah kanan).

 

FUNGSI

  • Mengendalikan pengurusan Rekod Perubatan (simpanan, rujukan dan pelupusan) serta keselamatan Rekod Perubatan yang bertaraf sulit.
  • Mengumpul data/ menganalisa data bagi penyediaan laporan bulanan dan tahunan ke Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri.
  • Mengendalikan proses penyediaan Laporan Perubatan/ Post Mortem.

 

ANGGOTA KERJA

a.Penolong Pegawai Tadbir (Rekod) N27

b.Pembantu Tadbir (Rekod) N17

c. Pembantu Am Pejabat