Kewangan, Hasil dan Pembangunan

LOKASI

Pejabat Pengurusan (Pentadbiran, Sumber Manusia, Latihan dan kewangan) terletak di tingkat 2 bangunan asrama jururawat yang telah diubahsuai.

Unit Hasil terletak bersebelahan dengan Klinik Mata di bangunan utama.

 

FUNGSI

Pengurusan Kewangan.

- Pengurusan peruntukan dan belanjawan jabatan.

- Urusan pembayaran.

- Urusan gaji dan elaun.

- Panjar Wang Runcit

- Penyediaan laporan-laporan perbelanjaan.

- Laporan audit.

 

Pengurusan Hasil

- Kutipan hasil (bil hospital)

 

Perolehan Bekalan dan Pembangunan

- Pengurusan sebutharga/ tender

- Pengurusan perolehan bekalan / perkhidmatan/ kerja

 

ANGGOTA KERJA

  1. Pengarah Hospital secara langsung mengetuai unit ini.
  2. Penolong Pegawai Tadbir ( N27 ) adalah pegawai sokongan membantu Pengarah Hospital menguruskan kerja-kerja harian.
  3. Pembantu Tadbir Kanan Kewangan ( W 22 ) bertanggungjawab ke atas penyeliaan tugas kakitangan bawahannya. 
  4. Pembantu Tadbir Kewangan W 17 – Kewangan meliputi perolehan dan pembayaran, gaji dan elaun dan menguruskan kutipan hasil.