PERUTUSAN PENGARAH HOSPITAL

Image
                                                                                  بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 

Salam Sejahtera,

Selamat datang saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan ke Laman Sesawang Rasmi Hospital Besut. 

Bermula dari Disember 2019, seluruh dunia sedang berperang dengan pandemik COVID-19 yang telah memberi impak yang besar terhadap semua pihak. Pandemik COVID-19 ini juga telah memberi banyak ruang kepada sistem kesihatan untuk menjadi lebih dinamik dan anjal dalam menyampaikan perkhidmatan dan maklumat kepada pelanggan salah satunya adalah melalui laman sesawang. 

Laman Sesawang Rasmi Hospital Besut merupakan satu medium yang berkesan dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat kerana ianya mudah dicapai serta maklumat yang dipaparkan adalah terkini dan terus daripada Jabatan/ Unit Hospital Besut yang berkaitan. Di antara maklumat yang terkandung di Laman Sesawang Rasmi Hospital Besut adalah struktur organisasi, aktiviti, direktori, pekeliling dan lain-lain maklumat tentang perkhidmatan di Hospital Besut. Laman sesawang ini juga menyediakan sistem aduan secara atas talian yang boleh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat. 

Saya berharap semua pengunjung Laman Sesawang Rasmi Hospital Besut boleh memanfaatkan maklumat dan aplikasi yang tersedia di laman sesawang ini seterusnya menjadi saluran komunikasi yang berkesan di antara organisasi dan juga pelanggan. Kami warga kerja Hospital Besut akan terus berusaha untuk memberikan layanan dan rawatan terbaik untuk rakyat. 

Selamat melayari Laman Sesawang Rasmi Hospital Besut. 

KAMI SEDIA MEMBANTU 

Dr. Wan Muhammad Faizuddin bin W Mohd Fauzi
Pengarah Hospital Besut