Unit Teknologi Maklumat Hospital Besut mula ditubuhkan tahun 2006, pada mulanya dianggotai oleh seorang pegawai iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29 sehingga sekarang .
Visi
Kearah memodenkan pentadbiran Hospital Besut dengan teknologi ICT yang terkini dan melahirkan warga hospital yang membudayakan ICT di kalangan Hospital Besut disamping memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
Misi
Mewujudkan kemudahan insfrastuktur ICT yang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini
OBJEKTIF
Objektif Umum
Menyediakan perkhidmatan ICT yang efisien kepada semua unit bagi meningkatkan kualiti operasi harian Hospital Besut.
Objektif Khusus
i. Memantau sekurang-kurangnya 90% daripada jumlah aduan kerosakan oleh syarikat kontrak penyelenggaraan diberi maklumbalas dalam tempoh satu (1) hari waktu bekerja selepas aduan dibuat.
ii. Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah aduan kerosakan ke syarikat kontrak penyelenggaraan di selesaikan dalam masa empat (4) hari bekerja.
iii. Memastikan penggunaan e-mel 1GovUC digunakan sekurang-kurangnya 90% sebulan.
iv. Memberikan latihan pembudayaan ICT kepada warga Hospital Besut.
v. Mengenalpasti keperluan teknologi maklumat dan menilai tahap keberkesanan yang sedia ada serta mejudkan langkah-langkah penambahbaikan