Image

PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN


CARA MEMOHON
Permohonan laporan perubatan boleh dibuat seperti berikut :
i. Hadir terus ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan dan kemukakan borang permohonan berserta dokumen dan butiran lengkap.
     (Borang permohonan boleh dimuat turun disini atau diperolehi di Jabatan Rekod Perubatan)
ii. Hantar permohonan bertulis bersama dokumen serta butiran lengkap.

DOKUMEN/BUTIRAN LENGKAP YANG DIPERLUKAN
i. Maklumat nama, no. kad pengenalan, alamat, tarikh rawatan, tempat terima rawatan
ii. Salinan kad pengenalan pesakit
iii. Salinan sijil kematian (jika pesakit meninggal dunia)
iv.  Salinan kad temujanji klinik/nota discaj
v. Surat keizinan pesakit
      •  jika pesakit berumur 18 tahun ke atas, perlu surat keizinan dari pesakit sendiri
      •  jika pesakit berumur < 18 tahun, perlu surat keizinan dari ibu/bapa
      •  jika pesakit meninggal dunia, perlu surat keizinan dari waris terdekat
vi. Bayaran dalam bentuk wang tunai atau wang pos/kiriman wang/cek atas nama Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah
vii. Borang Tuntutan Insuran/KWSP/PERKESO (jika berkenaan)


TEMPOH SIAP LAPORAN PERUBATAN
Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh terima permohonan lengkap.


KADAR BAYARAN (Tertakluk kepada Akta Fee 1972)

Jenis Laporan
Warga
Warga Asing

 
Laporan biasa/ insuran/PERKESO/KWSP

RM 40RM 120
 
Laporan ringkas disediakan oleh pakar

RM 80RM 240
  Laporan lengkap disediakan oleh pakar

RM 200 - RM 1000

bergantung kepada kerumitan
menyediakan pendapat



RM 400 - RM 2000

bergantung kepada kerumitan
menyediakan pendapat

*  Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/ kiriman wang/wang pos yang perlu dibuat atas nama Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah.

INFO ICT HSNZ
WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)