SUMBER MANUSIA
Bahagian Sumber Manusia adalah bahagian sokongan kepada Jabatan Pengurusan. Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Sumber Manusia) Gred M48. Unit-unit yang berada dibawah Bahagian Sumber Manusia adalah :
- Unit Tatatertib
- Unit Perjawatan
- Unit Perkhidmatan
- Unit Latihan
- Unit HRMIS / LNPT
Objektif Bahagian Sumber Manusia adalah :
- Memastikan urusan perkhidmatan dan latihan secara professional diberi kepada 3645 pegawai
- Memastikan semua rekod dan kebajikan serta urusan disiplin setiap pegawai dan kakitangan yang terlibat dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- Memastikan pengurusan Unit Sumber Manusia berjalan dengan cekap, teratur dan berkesan.
- Mempertingkatkan pengetahuan dan menanamkan sikap positif dikalangan anggota di Unit Sumber Manusia.
Mewujudkan satu sistem kawalan / penyelenggaraan Tatatertib yang berkesan dan menimbulkan rasa kesedaran tentang perlunya kawalan Tatatertib dalam jentera pentadbiran untuk menghasilkan kadar prestasi kerja yang tinggi dan mencapai objektif organisasi.
- Bertanggungjawab menguruskan hal-hal tatatertib kakitangan dan keseluruhannya termasuk melakukan siasatan dalaman secara terperinci.
- Mengurus segala urusan tindakan tatatertib ke atas kakitangan HSNZ yang melanggar tatakelakuan yang ditetapkan mengikut peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 DU. (A) 246.
- Membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan secara teratur dan berkesan.
- Menyediakan dan mengemukakan laporan urusan tatatertib secara berkala kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Laporan-laporan aktiviti dikemukakan oleh jabatan/unit yang menganjurkan aktiviti-aktiviti tersebut.Ini dapat menilai kelicinan dan perkembangan status latihan dan kursus yang telah dilaksanakan oleh jabatan/unit berkenaan yang mana laporan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut akan dikemukakan ke JKNT.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk :
- Kursus-kursus klinikal di peringkat hospital dan negeri (e.g Kursus Sembelihan, Latihan Dalam Perkhidmatan, Orientasi dan Soft Skill)
- Kursus-kursus anjuran luar bagi institusi awam (e.g INTIM,ILTIM,Pejabat Agama Negeri Terengganu, Puspanita)
- Kursus-kursus anjuran swasta
- Kursus-kursus induksi (Program Transformasi Minda)
- Latihan teori dan praktikal IPTA dan IPTS
- Latihan attachment pelajar-pelajar perubatan dalam dan luar Negara
- Task Force HRMIS berperingkat untuk pengisian LNPT bagi semua anggota HSNZ
- Hari Bersama Pelanggan Unit Perkhidmatan untuk penyemakan buku servis anggota bagi integriti data
- HRMIS & Tatatertib bekerjasama dengan Unit Kaunseling untuk memanggil dan mengadakan sesi kaunseling berasingan untuk anggota yang mendapat markah 70 kebawah.
Pelajar yang berminat untuk menjalankan latihan industri di HSNZ perlu membuat permohonan rasmi bertulis kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Pelajar perlu menyertakan:
- Resume pelajar,
- Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan,
- Sijil-sijil yang telah disahkan (yang berkaitan), dan
- Surat pengesahan pelajar IPTA/IPTS/Kolej berkenaan
Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum latihan bermula.