Image

Projek Hospital Kluster Terengganu Utara (HKTU) merupakan gabungan dan integrasi hospital-hospital di Terengganu yang berfungsi sebagai satu entiti dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan.

HKTU melibatkan:

1.    Hospital Sultanah Nur Zahirah (lead hospital)

2.    Hospital Hulu Terengganu (non lead hospital)

3.    Hospital Besut (non lead hospital)

4.    Hospital Setiu (non lead hospital)

Meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kesihatan dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan berpakar dalam kluster.

1.    Perkhidmatan kesihatan bertaraf pakar dalam kluster.

2.    Meningkatkan kemahiran dan kompetensi pengamal perubatan.

3.    Menguatkan kepimpinan serta pengurusan sumber secara optimum dalam kluster.

4.    Menambahbaikkan kepuasan pelanggan.


1.    Perubatan am (kesinambungan perkhidmatan kesihatan (step down care) dari lead hospital ke non lead hospital)

2.    Pediatrik (kesinambungan perkhidmatan kesihatan (step down care) dari lead hospital  ke non lead hospital)

3.    Kecemasan dan trauma

4.    Pembedahan am (pembedahan rawatan harian AVF)

5.    Oftalmologi (pembedahan rawatan harian katarak)

1.    Kepuasan pelanggan

  • Kesamarataan perkhidmatan kesihatan berpakar di semua hospital dalam kluster.
  • Pembedahan rawatan harian (AVF/ Katarak) berdekatan dengan rumah.
  • Tempoh menunggu untuk pembedahan AVF dan katarak lebih singkat.
  • Keselesaan dan kepercayaan pesakit menerima rawatan kesihatan.

    *pembedahan rawatan harian katarak disediakan di Hospital Setiu dan Hospital Besut, pembedahan rawatan harian AVF disediakan di Hospital Besut

    2.    Kualiti perkhidmatan kesihatan

    • Mengurangkan kesesakan di wad perubatan am dan pediatrik di lead hospital.
    • Wad di non lead hospital diiktiraf sebagai wad tambahan (extension wardlead hospital.
    • Pengamal perubatan yang mahir dan kompeten.
    • Meluaskan skop perkhidmatan kesihatan di hospital tanpa pakar dan seterusnya mengurangkan keperluan kes rujukan ke lead hospital.
    • Mengoptimumkan masa dan kos rawatan.

          3.    Pengurusan sumber dan aset sedia ada.

          • Mengoptimumkan penggunaan bilik pembedahan di non lead hospital.
          • Meningkatkan penggunaan katil wad di non lead hospital.
          • Pengagihan semula sumber manusia.
          • Penjimatan kos terutama dari segi pengangkutan.

          4.    Organisasi

          • Mengurangkan birokrasi
          • Meningkatkan piawaian proses kerja.
          • Integrasi sistem pengurusan pesakit dalam kluster.

          5.    Kemahiran dan kompetensi

          • Rawatan berpakar untuk hospital bukan pakar.
          • Meningkatkan lawatan pakar dalam kluster.
          • Latihan berterusan kepada pengamal perubatan.

          Footnote:

          Hospital pakar ialah hospital yang mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah

          Hospital tanpa pakar ialah hospital yang tidak mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

          Perkhidmatan kesihatan berpakar ialah taraf perkhidmatan kesihatan bertaraf pakar di hospital tanpa pakar dengan pantauan dan penyeliaan oleh pakar.

          Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu di bawah program Hospital Kluster Terengganu Utara   

          Lead hospital: Hospital utama yang mengetuai hospital lain dalam kluster. Lead hospital juga menyediakan perkhidmatan kesihatan berpakar ke hospital lain dalam kluster.

          Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah

          Non lead hospital: Hospital tambahan (extension hospital) dari lead hospital dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan.

          Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Hospital Setiu, Hospital Besut

          INFO ICT HSNZ
          WAKTU OPERASI

          Kecemasan : 24 jam

          Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

          Jabatan Rekod Perubatan :
          Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
          Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

          (Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)