Bahagian Pengurusan
AKtiviti Dan Pencapaian Unit
Perkhidmatan Kejururawatan memainkan peranan penting dalam sistem penyampaian kesihatan dan sebagai tulang belakang dalam KKM. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan turut menyumbang kepada kejayaan organisasi selaras dengan visi kejururawatan iaitu bersama-sama mengembeleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik melalui kecemerlangan profesionalisme kejururawatan.
Fungsi utama bahagian Pengurusan Kejururawatan adalah menguruskan aktiviti berkaitan pentadbiran, merancang keperluan sumber manusia dan penempatan dalam kejururawatan, penyeliaan dan pemantauan dalam pematuhan garispanduan dan polisi, serta aktiviti kualiti kejururawatan termasuk latihan dijalankan secara konsisten, bagi menjamin kualiti perkhidmatan Kejururawatan di negeri Terengganu.
Pengukuran tahap pencapaian kualiti Kejururawatan telah dijalankan dengan melaksanakan National Nursing Audit (NNA) dan National Nursing Indicator Approach (NNIA) untuk memantapkan perkhidmatan yang diberikan. Bagi merealisasikan pengauditan dilaksanakan secara telus, inter audit telah dilaksanakan di antara hospital dengan hospital lain dan di antara klinik kesihatan dengan klinik kesihatan lain mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti telah dianalisa dan penambahbaikan telah dilaksanakan dan dipantau secara berterusan.