Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
Pengenalan BKKM
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi seluruh Negeri Terengganu. Perlaksanaan ini mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 atau mengikut keperluan masyarakat.
Skop aktiviti program Bahagian merangkumi promosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa makanan dan penguatkuasaan.
Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memudahkan perdagangan makanan.
Dari aspek operasi, Bahagian ini berpusat di Tingkat 2, Kuala Terengganu Business Centre (KTBC), Kuala Terengganu manakala Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Terengganu beroperasi di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Terengganu.
Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan beliau bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Dari aspek pentadbiran, bahagian terbahagi kepada tujuh unit utama iaitu :
- Unit Kawalan Eksport, Pembangunan Industri & Pensijilan
- Unit Institusi Sajian Makanan
- Unit Surveilan Keselamatan Makanan
- Unit Industri Domestik
- Unit Komunikasi dan Kepenggunaan
- Unit Penguatkuasaan & Perlesenan
- Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan
Manakala terdapat lapan pejabat kesihatan yang mempunyai lapan unit keselamatan dan kualiti makanan
Objektif Am
Objektif am Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan, penyelidikan dan penggunaan makanan.
Objektif am Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan, penyelidikan dan penggunaan makanan.
Objektif Khusus
Objektif khusus Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:
- Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih.
- Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
- Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
- Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
- Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
iii. Menentukan supaya kandungan semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
- Menentukan konsainman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
- Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan.
BKKM - Unit Kawalan Eksport, Pembangunan Industri & Pensijilan
BKKM - Unit Institusi Sajian Makanan
BKKM - Unit Surveilan Keselamatan Makanan
BKKM - Unit Industri Domestik
BKKM - Unit Komunikasi dan Kepenggunaan
BKKM - Unit Penguatkuasaan & Perlesenan
BKKM - Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan